Cuti Sekolah Hampir Berakhir



Esok last day cuti sekolah. This Monday sekolah kembali bermula. Aku tahu semungkinnya wife aku akan sibuk kembali. Pagi lagi sudah bangun untuk sediakan sarapan dan melayan anak anak untuk ke sekolah. Siapkan pakaian dan atur buku mereka. Yang sudah besar boleh uruskan sendiri tapi yang masih kecil masih perlu di bantu untuk uruskan beg dan pakaian mereka. Tujuh anak aku sudah bersekolah. Dua bersekolah di sekolah berasrama penuh.
.
Tadi aku talipon rumah dan berbicara dengan anak anak aku yang meningkat remaja. Seperti biasa aku akan terus ingatkan tanggungjawap mereka sebagai anak, pelajar, manusia dan terutamanya sebagai hamba tuhan. Aku terus bermotivasi moga moga apa yang aku lafazkan itu terus melekat pada sanubari mereka dan biarlah ianya terngiang ngiang di telinga mereka. Dan aku amat berharap setiap naishat dan kata kata aku akan di patuhi dan dituruti seikhlas mungkin untuk kebaikan diri.
.
Masa aku balik bercuti aku mengambil kesempatan segenap masa untuk bersama keluarga. Boleh dikatakan aku tiada masa untuk berehat. 25% dari masa aku berada di dalam kereta untuk uruskan hal hal anak anak. Pergi hantar tuition lah. Pergi ambil dan hantar mereka ke asrama lah. Bawa mereka shopping untuk keperluan sekolah dan peribadi. Pergi acara sukan tahunan lah dan macam macam lagi. Walau badan letih aku tetap gagah untuk luangkan masa untuk mereka semua.
.
Esok wife aku terpaksa bergegas menghantar dua orang anak anak aku pulang ke asrama. Pertama, dia akan menghantar anak dara aku dulu sebab dekat dengan rumah dan selepas itu wife aku akan terus menuju ke negeri Melaka untuk menghantar anak teruna aku. Aku kasihandan respect melihat wife aku yang teramat sabar dan dedikasi untuk menunaikan segala tanggungjawap itu.
.
Anak dara aku beritahu yang dia akan mewakili sekolah peringkat daerah dalam upacara menembak. Aku kata baguslah dan buatlah yang terbaik. Semasa dia beritahu aku, terasa nak ketawa. Aku sendiri pun tak pernah pegang senapang. Dia yang badan kecil dari aku pun dapat mewakili sekolah. Dia kata sebab dia dapat menembak dengan tepat!

Comments

Popular posts from this blog