The Curious Case of Benjamin Button
Semalam lepas zohor untuk mengelak dari nak tido aku layan DVD cite The Curious Case of Benjamin Button. Cerita memang slow je maklumlah drama. kalau orang tak sabo mesti terus off kan cerita ni. Silap hari bulan boleh tido depan computer. Tapi aku memang suka cerita drama yang berat and aku memang boleh kusyuk untuk menonton cerita macam ni. Samalah macam buku cerita yang aku sedang baca ni yang dah nak habis. Cerita memang slow sangat but towards the end baru lah nampak apa nak berlaku. Aku suka cerita macam n.
.
OK... cerita ni tentang Benjamin Button (lakonan Brad Pit) yang di lahirkan dalam wajah yang sangat hodoh seperti orang tua. Mother dia mati masa di lahirkan and father dia nekad untuk throw away the baby. Kesian pulak aku rasa. Then father dia campakkan dia di depan rumah warga2 tua berbekal USD18 sahaja dan di jumpai oleh seorang wanita kulit hitam yang kasih dan terus membela dia sampai besar. Tapi dia bermula dari seorang lelaki tua (walau dia kanak kanak). Maksudnya kalau kita hidup dari bayi dan menjadi orang tua dan terus mati tapi cerita ni dia physically nampak tua dan berusia muda tapi kearah menjadi seorang bayi. Finally dia mati di ribaan dan dakapan bekas isterinya seperti bayi yang berusia 4 bulan.
.
Seronok cerita ni. Aku pun turut tersentak dan sedih dengan heavy drama cerita ni. Memang aku rekomen untuk korang sume nengok. Moral of the story ialah walau macam mana pun hidup kita di dunia, kita tetap akan mati. Samaada kita suka atau tidak dan suatu hari kita akan menjadi tua. Penyakit lain ada ubatnya insyaallah tetpi penyakit tua tiada penawarnya. Pakailah rawatan atau ubat tercanggih di dunia ini namun tiada juga penawarnya. Bagi orang yang ada pegangan dan matlamat hidup semestinya mereka bersedia dari awal lagi. Tapi bagi mereka yang belum bersedia untuk mati itu adalah satu ketakutan yang amat hebat. Mengapa kita takut mati??? Sebab cinta dunia masih tebal di sanubari. Sayang untuk tinggalkan kekayaan dunia. Sayang untuk tinggalkan isteri yang cantik. Sayang untuk tinggalkan keluarga yang bahagia. Sayang untuk tinggalkan rumah yang besar. Hiduplah dengan sederhana semoga apa yang akan di tinggalkan tidak memberi sebarang ketakutan.
Comments