Nostalgia 23 Tahun Yang Lalu
Bila di imbas kembali gambar lama aku ni macam tak percaya peristiwa aku berposing tu dah berusia 23 tahun. Rasanya kenangan tu baru berlalu tetapi hakikatnya sudah lama berlalu. Pertama sekali aku nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada member aku Mohamad kerana sanggup masuk gambar ni dalam alumni Greenwich University, dan aku nak minta maaf sebab copy siap siap gambar aku tu kat that blog. Apa macam, hengseng tak aku masa tuh. Rambut pun masih lebat. Hehehehe....... masa tu kira teruna idaman setiap dara lah kononnya. Macam biasa aku jenis lone ranger tak banyak cakap sangat and buat hal aku aje.
.
Masa tu mana ada digital camera and selalu dok pinjam camera che Mat lah kalau nak berposing and kadang aku yang jadi juru camera untuk ambil gambar Che Mat. Aku rasa masih ada dalam simpanan gambar gambar di atas itu pun kalau anak anak aku tak usik. Tak boleh jadi nih....balik raya nanti nak kena cari la.....
Comments
hahahahahaha......