Mek Syam And Mek Leha Bertandang Ke Rumah Aku
Sebelum aku nak cerita panjang kat sini, aku nak ucapkan kepada mereka berdua serta keluarga mereka bebanyak banyak terima kasih sebab sudi bertandang kerumah aku dalam keadaan aku yang kurang prepare ape ape pun. Mek Syam aku dah tak nampak selepas aje grad pada tahun 1988. Lepas grad semua bawa haluan masing masing. Lately sahaja aku dapat berhubung balik sebelum hari raya. Mek Leha pula aku last jumpa masa dia pregnent anak dia yang sulung. Anak sulung dia pun dah belajar di UTM. Cuba bayangkan agak 20 tahun lebih tak jumpa depa. Bila jumpa semua dah berubah ...... semua dah kendong anak anak yang dah besar. Tunggu masa aje anak anak nak nikah and jadi atok atau nenek.
.
Aku tabit juga pada Mek Syam kerana bersemangat kuat untuk datang ke rumah aku walau tersesat dalam hujan lebat. Sebenarnya aku terkejut juga bila Mek Leha buat jemputan untuk semua gang datang ke rumah aku. Bila aku buka email memang terkejut beruk. Nak prepare apa pun tak sempat. Tak apalah nanti aku jjemputlah korang semua datang. Tapi bila ya... Hehehehe...mungkin bila nak dapat menantu kot... Akhir sekali terima kasih sekali lagi sebab sudi datang and jangan serik untuk datang lagi tau....
Comments