Syahadah Ke Tadika Saran
Hari ni anak dara aku yang comel ni masuk tadika SARAN (ugama) sebab tadika lama dah tutup. Dia mandi awal lagi dan bersemangat nak ke sekolah. Dia dah pandai baca dan mengira. Aku harap dia tak boring kali ini belajar benda yang sama. Aku dah bagi tau wife aku supaya mula dengan latihan buku buku tahun satu. Inilah system pendidikan Malaysia yang rigid bagai batu. Anak anak yang bijak tak flexi langsung untuk lompat kelas. Bagaimana nak jadi status negara maju?? Pelik memang pelik. Kalau negara maju, umur 16 tahun dah ada yang masuk Universiti buat first degree. Kalau aku jadi Menteri Pelajaran tahulah apa aku nak buat...hehehehehe....
Comments