Akhirnya Aku Temui Mereka....


Berkat usaha Abe dapat juga aku kembali berhubung dengan anak anak arwah member aku. Aku nak ucapkan terima kasih pada Abe kerana berusaha untuk mencari anak anak arwah member aku dan mendapatkan no talipon mereka. Allah sahaj yang dapat membalas jasa baik Abe. Dengan number tersebut aku berjaya menghubungi mereka untuk mengetahui perkembangan anak anak arwah dengan lebih lanjut.

Anak sulung (Hafizah) sudah bernikah dan masih belajar.
Anak kedua seorang Hafiz dan sekarang berniaga kedai makanan bersama adik no 3.
Anak keempat sedang belajar akedemik dan hafiz di Terengganu
Anak kelima sedang belajar hafiz di Kubang Bujuk, KT.
Anak ke enam (perempuan) belajar di sekolah ugama dalam tingkatan dua
Anak ketujuh sekolah kebangsaan darjah 6
dan anak kelapan perempuan darjah empat.

Buat masa sekarang Anak no dua yang menjaga adik adik dengan pendapatan berniaga . Waktu sekarang mereka hanya tinggal berempat sebab yang lain tinggal di asrama. Sedih bila aku berbicara dengan anak no dua dan dia masih ingat aku lagi apabila aku kenalkan diri walaupun sudah agak 10 tahun aku tak jumpa.
.
Kadang nak masuk syurga bukan kerana amalan kita yang hebat hebat. Tapi kita masuk syurga atas belas dan ehsan Allah Taala. Dan kita tak tahu manakan satu amalan kita yang paling Allah suka yang menyebabkan kita di masukkan kesyurga.

Comments

Unknown said…
Nak masuk syurga hanya lah dengan belas ihsan kan.....Amiin Ya Allah, Kasihan la kat kami yang banyak slack ni...
Abu Ikhlas said…
Kodi,

kadang bila iman lemah ni rasa cam besa besa je syurga dan neraka.....buat dosa pun rasa tak dak benda. Risau kan....

Popular posts from this blog