Jom Cari Kerja


Bila dah lama kerja kat obesea ni, and nak mula kerja di Malaysia balik memang malas bangat. Last trip masa balik cuti aku berpeluang memandu kereta ke KL. Suasana jalan mak ai..... rasa tak sanggup lagi nak pandu kereta. Itu waktu off peak. Apa lagi kalau waktu peak hours. Kira satu perlima hidup akan di habiskan di dalam kereta. Dan satu perlima masa juga berkurangan untuk hidup. Why I said lıke that? Sebab stress memandu.
.
Ok lah berbalik kepada topic di atas. Sebenarnya aku sendiri pun tak tahu sampai bila aku harus berkerja. Kalau melihat anak anak yang berderet deret tu rasanya sampai mati aku perlu berkerja. Tapi bab bab rezeki ni hanya Allah saja yang tahu. Nak cari kerja pun satu lagi...kerja tu mesti bersesuaian dengan pengalaman and jiwa. Lagi satu environment kerja tu mesti best walaupun kerja berlambak lambak. Kalau setakat nak makan gaji orang kata tak boleh memilih... yelah tuh...
.
Tapi yang aku tak berapa berkenan tu..... kalau dalam ıklan tu, company letak skop kerja memang banyak. Umpamanya nak seorang pekerja yang perfect. A to Z dia senaraikan skop kerja. Tapi bila pergi interview tu gaji nak compromise kasi ciput aje.... Aku kalau company macam ni bye...bye ajelah. Lepas tu kalau nak kerja aku tak memilih pangkat. Bagi aku menjadi macai adalah memadai asalkan gaji yang di beri tu adalah sama dengan gaji seorang director..... Hhehehehehehe....pelikkan.. Ada juga company tu masa interview gariskan specific task untuk kita lakukan. Tapi bila dah join segala benda kita nak kena buat. Yang ni aku dah terbiasa sangat. Lepas tu gaji setakat tu aje and tak naik naik samap 3 hingga 4 tahun.
.
Aku cuma ada satu pandangan sahaja. Pada semua majikan tu....adillah pada anak anak buah. Jangan memerah keringat pekerja sehingga mereka tak redha apa yang di suruh. Bayarlah dengan setimpal. Jangan anak anak buah asyik dok mengutuk majikan siang malam.....berkat pun tak datang lagi dan masalah sentiasa datang seperti air mengalir. Dan untuk para pekerja pula buatlah sesuatu tugas dengan jujur dan taqwa.

Comments

rafiq said…
Keje engineer susah nak dpt keje yang best..huhu

Popular posts from this blog