Buying A Second Home II
.

Inilah kali pertama aku beli rumah lelong. Untuk pengetahuan semua beli rumah lelong ni gamble juga. Sebelum beli memang di nasihatkan pergi lihat dulu rumah tersebut. Tapi cuma boleh lihat di luar dan tak boleh masuk. Kunci pun tak tahu ada pada siapa. Aku pun hairan apasal bank tak nak buat court order untuk suruh pemilik asal tinggalkan kediaman dan serah segala kunci kepada bank. So judgement hanya boleh di buat dari apa yang dapat di lihat dari luar. Kalau sliding door dan tingkap tidak di tutup dengan curtain insyaallah senang nak menilai keadaan rumah tersebut. Kalau tidak tawakkal sahaja.
.
Bila aku sudah lihat rumah tersebut dan aku nekad untuk membeli. Seperti yang aku cerita dhulu tu, aku sudah dapat rumah tu dengan harga RMxxxxx.00. Memang murah. Harga 40% dari harga asal. So bila contact leong dah dapat, aku dah suruh wife aku deal dengan lawyer. Yang lawyer ni pun susah beno aku nak brief and contact dia. Ok tak apa.... Pertama sekali aku suruh wife aku tukar semua kunci. Wife aku dan buat dan minta Talib (Indon yang selalu wife aku suruh buat maintenance rumah) untuk uruskan semua tu. Oleh kerana rumah itu owner asal orang India aku dah boleh expect apa yang ada di dalam tu.
.
SO wife aku pun bercerit lah...... Bila buka saja pintu tersebut terdapat banyak gambar tuhan mereka di gantung di dalam rumah. Di sudut ruang tamu terdapat seperti raised floor untuk letak beberapa patung sebagai sembahyang. Wife aku kata seram juga bila masuk dan Talib siap baca bismillah puluhan kali. Aku boleh imagine gelagat mereka itu. Terdapat juga beberapa botol arak tersusun rapi di dalam rumah tersebut. Talib kata dia akan uruskan semua kunci dan untuk keluarkan patung tokong tu dia kena suruh jiran dia yang berugama hindu sebab dia sendiri tak mampu untuk uruskan.
.
Besoknya wife aku bersama anak2 aku, Talib dan jirannya datang semula. Botol araktu jirannya ambil dan semua patung di ruang tamu. Wife aku terus ke bilik di belakang dan apabila wife aku buka pintu tersebut teramatlah terperanjat kerana terdapat patung yang teramat besar. Pastinya itu bilik sembahyang. Bila di suruh orang India tersebut keluarkan patung tersebut dia kata, itu bukan jenis tuhan dia. Wife aku pun pelek sebab mengapa orang hindu mempunyai tuhan yang berlainan. Orang India itu kata patung besar tu kuil yang kena datang ambil. Esoknya mereka telah arrange sebuah lori untuk menghantar patung tersebut ke kuil.
.
Aku mula cuak. Bukan kerana patung patung tersebut tapi barang di dalam rumah tersebut. Wife aku kata semua barang2 masih elok dan lengkap di dalam rumah tersebut. Aku kata pada wife aku jangan sentuh barang barang itu lagi tunggu sampai sampai aku beri green light. Esok aku contact my school mate yang juga seorang lawyer sekarang bekerja di Alor Setar. kebetulan ibunya setiap hari bermalam bersama bonda aku. Maklumlah sama sama keseorangan di rumah. Aku pun cerita segalanya pada dia dan bertanya status barang tersebut. Dia kata yang rumah aje di lelong dan barang masih milik tuan rumah. Aku dah bengong dengan kes patung tadi. Hai macam mana aku nak buat ni..... So aku call balik wife aku, atas nasihat agen, suruh wife aku tampal notice di rumah tersebut kepada owner lama untuk mengambil barang barang di dalam rumah dalam tempoh masa sebulan. Jiga tidak barang barang akan di lupuskan. Aku call dua hari lepas dan wife aku kata notis dah tampal.
.
Semalam aku call my mother. Dia tanya aku pasal rumah tersebut. Aku dah agak mesti ibu member aku dah cerita pada bonda. Aku tersenyum dan kata tak perlulah risau. Tapi dia masih risau dengan cerita patung- patung tersebut. Aku cuba tenteram kan dia kata semuanya ok. Dont worry. Let me handle semua tu. Nak masuk rumah tu nanti bila semua barang di angkat aku akan buat baca doa selalmat dan baca surah albaqarah dan Al imran 3 kali. Manafaat kuat surh ni untuk menghalau gangguan syaitan dan hantu. Lagi pun aku ada experience tentang bacaan surah surah ni. Lepas tu tetipa my sister YM kat aku dan cerita benda yang sama. Wah dah satu family tau kisah aku ni. Macam macam cerita depa bagi tau. Tapi aku tetap relek and cool. Aku kadang benda benda yang terjadi tu kadang kadang atas gangguan emosi yang bermula dengan persepsi. Aku bukan nak cakap besar. Tapi gangguan hantu dan syaitan mana mana boleh jadi. Yang penting jaga amalan dengan baik just let it be. Jangan ambil pusing atau ebih tepat lagi jangan angkat POT.
.
Yang best tu aku dengar dari jiran sebelah rumah tu beritahu yang the owner tu dah meninggal. Hmm....muda lagi dah meninggal dan rumah tersebut sudah lebih 8 bulan tidak di huni. Kadang orang yang berpantang ni terus berpantang untuk mengambil barang barang si mati. Tak nak pun tak apa. Tapi kalau barang tu masih elok aku ambil aje lah. Kalau tak anak aku dispose aje jadi barang lelongan......sapa nak angkat tangan ok.....

Comments

cantiknya rumah uncle,
kat bandar sg. buaya ade salji juga. itulah keistimewaan Bandar Sg. Buaya. ade Snowflakes.
Abu Ikhlas said…
Biasa lah...sekali sekala nak berangan jugak....

Popular posts from this blog