Sembahyang Sunat Hari Raya
.
Tahun ni aku tukar program skit. Selalunya aku akan sembahyang sunat hari raya di rumah mertua aku. Itu tradisi aku setiap raya. Tapi tahun ni kami sekeluarga sembahyang sunat aidil fitri di rumah my mother. Pagi pagi semua dah bangun. Oleh sebab aku sebagai anak bongsu and paling ramai anak, akulah orang yang paling riuh untuk siapkan anak anak aku. Yang dah besar oklah boleh urus sendiri tapi yang kecil kecil tu kena juga belek belek. Sembahyang raya pukul 9.00 pagi kalau tak datang awal nanti tak dapat tempat kat dalam. Kalau sembahyang jemaah sama ramai macam sembahyang raya atau jumaat bagus juga kan.


Orang dah ramai ada dalam masjid cuma aku masih terhegeh hegeh dok jalan. Sure tempat dah tak ada. Sebenarnya aku terkantoi pagi raya tu sebab aku tertinggal baju melayu aku. Apa lagi sebab tak ada baju yang sesuai aku terpaksalah bakai T-shirt hardrock. Family aku dan anak anak aku semua gelak and kutuk kutukkan aku. Nak buat cam mana dah terlupa. Tulah kelam kabut sangat masa nak balik. Selalunya memang aku yang kemaskan baju aku bila bak balik kampung. Entah cam mana terus terlupa. Nak beli pun dah tak sempat...hehehehe
Sepat aku ambil gambar imam sedang berkutbah selepas sembahyang. Semua orang nengok aku tapi aku buat dak aje. Sebenarnya depa nengok aku sebab aku lain dari yang lain. Depa semua siap pakai baju melayu yang berwarna warni kecuali aku aje yang pelik dengan t-shirt hardrock. Tapi aku buat selamba aje.
Lepas saya selesai kutbah orang sume dah kuar nak beraya. Orang makin ramai kat kampung aku dan dah ramai aku tak kenai sebab banyak taman taman baru yang di dirikan. Aku dah janji dengan anak anak aku untuk bawa mereka pergi beraya ke rumah jiran jiran aku yang masih ada. Yang lain dah ramai meninggal. Tak apalah janji dapat ziarah member member kampung aku. Itu pun kalau depa sama sama balik kampung.Inilah masjid kampung aku. Besar dan luas. Tapi bila tiba hari raya jadi tak muat pulak.



Itulah hero hero aku dengan anak saudara aku selepas selesai sembahyang. Depa dok lepak sementara menunggu aku di kereta. Apa apa pun tradisi balik kampung memang sukar di pisahkan. Pernah anak aku kata apasal kena balik kampung? Aku kata selagi atok dan nenek masih hidup kita mesti balik kampung.

Comments

Mohamad said…
Ni kau ambil gambar guna phone ke? Setiap detik dan aski nampak?
Abu Ikhlas said…
mat,

aku pakai camera sony aku tu la.

Popular posts from this blog