Zakat

Zakat adalah rukun Islam yang keempat yang wajip dilaksanakan apabila sudah cukup nisabnya. Zakat terbahagi kepada dua bahagian iaitu zakat harta benda dan zakat fitrah. Zakat fitrah adalah zakat keatas diri sendiri dan orang yang di bawah tanggungan yang wajip di bayar pada orang berlapan. Sebelum Syawal menjelang wajip keatas semua umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan zakat. Yang aku nak sama sama kita fikirkan adalah zakat harta benda. Zakat adalah satu cara untuk menyucikan harta benda kita dari sifat sifat yang tak baik. Aku taklah pandai nak huraikan di sini pasal zakat macam ustaz tapi aku nak sama sama ajak kawan kawan berfikir sesungguhnya membayar zakat adalah mudah bagi orang orang yang beriman dan amat payah untuk orang orang yang baghil.
.
Allah berfirman sesungguhnya orang yang melaksanakan zakat Allah akan ditambah rezeki pada mereka. Lebih kurang macam tu lah maksudnya. Tapi realitinya kalau kita keluar zakat nampak harta benda kita berkurangan. Mana ada tambah pun. Jadi di sini lah datang yakin dan iman pada firman dan janji janji Allah. Bukan mudah untuk keluarkan zakat bagi orang yang nipis imannya. Aku bagi satu contoh. Kalau aku ada simpan wang simpanan selama setahun sebanyak RM10000, aku hanya perlu membayar zakat sebanyak 2.5% sahaja iaitu RM250 sahaja. Jumlahnya tak banyak pun dan agak mudah untuk keluarkan zakat. Tapi kalau aku ada menyimpan sebanyak RM200,000 aku perlu keluarkan zakat sebanyak RM5000. Bayangkan kalau aku ada RM1 juta, aku perlu membayar zakat sebanyak RM25,000. Kalau iman tak kuat tak sanggup keluarkan zakat. Bila melarikan diri dari zakat adalah satu dosa.
.
Bila di fikirkan balik lebih baik menjadi seorang yang miskin yang tak perlu risau untuk di hisap setiap zarah satu satu. Cepat sahaja perjalanan hisapnya di akhirat berbanding dengan orang orang yang berharta. No wonder Rasullallah amat sayang pada orang miskin dan orang miskinlah yang paling ramai masuk syurga. Kadang kita alpa di dunia yang sementara ini. Kita berkejar kesana kemari untuk menghimpun dunia dan lupa apakah perkara utama yang di inginkan oleh allah taala.
.
Hidup di dunia semua orang dah set priortynya.Seperti seorang budak kalau kita tanya apakah priority di dalam hidupnya, mesti dia menjawap pertama adalah main atau enjoy dan prıority last adalah belajar. Tapi kalau kita tanya pada seorang bapa, apakah priority untuk anak nya, seorang bapa akan menjawap priority pertama adalah belajar.
.
Kita sebagai manusia pun ada priority kita. Kita letakkan dunia terkehadapan tapi agama terkemudian. Kalau tak percaya cuba chek kehidupan masing masing dari pagi sampai ke tidur malam. Tapi Allah pun ada priority yang di berikan pada kita semasa hidup di dunia sama seperti seorang bapa setkan prioritynya untuk anak anak. Pertama Allah mahu kita jalankan usaha dakwah ke seluruh alam. Keduanya beramal dengan segala perintah Allah dan sunnah Nabi s.a.w dan terakhir barulah mengenai kehidupan duniawi yang sementara.
.
Bukan senang untuk laksanakan sebab kita telah membiarkan diri di belenggu oleh hasutan syaitan dan nafsu. Semoga Allah ampun segala dosa kita. Amin....

Comments

Popular posts from this blog