Tableware - Perlu ke Mahal Mahal





Dalam setiap hal untuk urusan rumah aku yang menjadi master mind. Wife aku ikut sahaja apa decision yang aku buat. Dari urusan barang barang rumah sehinggalah pakaian. Tapi aku tak adalah kuasa veto memanjang. Kadang minta juga pandangan depa ...hehehe. Sebab aku rasa aku lebih arif dalam memilih benda benda apa pun. Bukan nak puji diri, aku cerewet. And kalau nak beli barang aku lebih suka pergi seorang sebab aku tak suka di pengaruhi dengan pandangan orang yang akhirnya aku tak jadi nak beli apa pun...hehehe.
.
Aku nak cerita sikit pasal membeli tableware ni. Aku ada koleksi tableware yang dah berusia lebih dari 20 tahun yang lalu. Aku beli semasa aku masih belajar di UK. Sampai sekarang masih elok tersimpan dan di pakai. Tapi ada juga yang pasangan dia dah kembali ke rahmatullah. Tahu sajalah benda benda yang fragile ni memang sensitif dengan anak anak aku. Aku pun dah lama tak beli tableware yang canggih cangih dan aku rasa aku tak akan beli. Pertama sekali kalau beli tableware yang mahal tu rasa teramat sayang untuk di pakai. Takut pecah. Kalau guna tableware yang mahal mahal rasa macam nak menunjuk pulak. Lepas tu suspen aje bila nengok guest makan. Tambahan pulak ada anak anak guest tu yang nakal dan tak makan saman. Silap haribulan boleh pecah. Dan guest pulak kalau di hidang dengan pinggan pinggan yang mahal kadang rasa nak telan makanan pun tak lepas. Rasa macam tercekek aje. So bila makan kenalah control ayu gitu sebab takut tercalar pinggan. Ini adalah reality. Kadang tableware yang expensive ni duduk dalam almari tak keluar keluar.
.
Aku senang aje kalau nak beli tableware. Aku beli aje clay plate yang di jual di IKEA. Satu cuma RM3.00 saje and aku boleh angkut sampai 20 hingga 30 keping. Kalau pecah pun tak sakit hati. Boleh beli dan senang untuk di ganti lagi. Cantik pun boleh tahan. Pernah masa aku buat projek kat UK aku dengan member member aku pergi ke satu shopping village barang barang branded sahaja. Ramai member member aku yang beli branded tableware kecuali aku. Depa pun tanya aku apsal tak beli. Nak jawap pun kena hati hati takut jadi sensitif plak. So aku kata malas beli sebab berat nak bawa balik. Tapi aku sempat berseloroh, katakan kalau aku bertandang ke rumah korang, jamulah dengan pinggan yang canggh ni. Hehehehehe...........

Comments

Popular posts from this blog