Perasan Ke Aku Ni.....Hehehehe
Dengan mempunyai anak yang ramai dan membesar dan jadual kerja dan masa yang hectic aku rasa cukup penat. Bila penat terasalah diri ini dah tua. Uban pun dah nampak sana sini. Bagus jugak bila terasa diri tua dan ada nya tanda tanda ketuaan pada diri. Yang penting bila diri dah rasa tua terasa jugaklah nak lebih kan iman dan amal sebagai persediaan. Bila lihat cermin tu kedutan dah nampak sana sini dan kulit dah tak kenyal lagi. Yelah tua bukan ada ubat. Tapi ramai orang takut tua dan sanggup berhabisan untuk terus kelihatan muda. Mengapa kita perlu takut....... Kuat kan amalan dan iman nanti bila masuk syurga sentiasa dalam keadaan muda dan kalau kentut pun bau wangi.
.
Sejak aku balik raya baru ni ramai orang jumpa aku dan tegur aku nampak muda nya. Ketawa aku. Mau kembang semangkuk di buatnya dan mujur tak jatuh dari kerusi. Tapi bukan kembang semangkuk lagi tapi dah sebesen. Tadi masa sarapan dengan member aku, tetiba aku dengar salam. Aku toleh kiri dan lihat jiran aku bersarapan dengan keluarga dia. Dia terus tegur aku nampak muda gile dan dah slim...heheheheh. Ketawa aku di buatnya. Dulu mak dan kakak aku tegur putihnya wajah aku apakah rahsia.....masa tu pun terasa kembang juga. Hehehehe...... Sebenarnya tiada rahsia nak kelihatan muda. Perkara paling penting sentiasa jaga amalan dan jauhi dari problems. Lepas tu buat senaman selalu. Insysallah sihat badan. Ni sebab banyak sangat masalah dunia yang mnyebabkan jiwa sentiasa tertekan dan sentiada berkerut dahi. Entahlah betoi ke tak pandangan aku ni.
.
Cuma sekarang aku agak terkilan bila lihat ramai golongan senior cotozen dah suka mewarna rambut. Apa yang aku faham warna rambut tu boleh kecuali hitam dan bahan yang di gunakan kenalah halal. Bukan halal seperti tiada kandungan kinzir sahaja tapi kena make sure bahan tersebut bukan kalis air. Takut nanti tak sah ambil air sembahyang. Bagi aku kalau rambut dah putih reda sahaja dan anggaplah sebagai nikmat untuk mendekatkan diri dengan Allah dan ingat akan mati selalu. Di sini aku sertakan website yang soal jawap tentang mewarnakan rambut. Apa apa pun terimalah hakikat yang diri ini semakin tua dan menghampiri kubur dan tak payah lah menipu pada diri sendiri.
http://ummusaif.com/2009/07/mewarna-rambut-bolehkah/
Comments
maaf
Cant think of it we are near to garave...hu..hu.hu