Balik Kampung
.
Perkara yang palng seronok dalam hidup apa bla balik kampung dan dapat bertemu kedua orang tua. Anak anak aku pernah bertanya mengapa perlu balik kampung? Aku jawap sebab untuk hiburkan hati Atok dan nenek. Juga untuk melaksanakan tanggungjawap sebagai seorang anak dan seorang hamba Allah. Aku jawap lagi, selagi Atok dan nenek masih hidup, kita akan tetap balik kampung. Beruntung benar pada mereka yang ada kampung. Seingat aku dari kecil, tak pernah aku rasa beraya dı kampung. maklumlah dulu transpot memang susah dan parents tak ada kenderaan. lagi pun ayah aku kerja polis mana ada cuti yang bersesuaian. Dalam hidup ini kit kena jadikan contoh yang baik untuk membesar anak anak. Didikan yang baik pada mereka insyaallah akan menghasilkan sesuatu yang baik. Tapi kita kena selalu beringat bahawa hidup di dunia ada ganjaran dan balasannya.

Bila balik kampung aku suka lihat sawah bendang sekeliling yang terbentang luas. Rasa damai di jiwa. Tiada kesibukan dan hidup adalah atas arahan sendiri dan bukan atas arahan orang lain. pagi tu Pak Mertua aku, yang aku panggil Ayah sudah turun ke bendang. Dia di bantu oleh adik ipar aku. Aku memang tak pernah buat bendang walau pun aku mengaku aku orang Kedah. Lainlah kalau aruah Ayah aku ada bendang.
Inı bendang Ayah aku. baru di tenggala dan sudah sedia untuk di tabur benih. Sekarang buat bendang senang. Semua pakai mesin. Tak perlu guna kerbau lagi untuk tenggala. Tak perlu lagi tapak semaian sebab semuanya di tabur terus ke sawah. Cuma yang paling pending menjaga bendang dari di serang rumpai dan sekarang ada pemangsa baru iaitu siput gondang. Siput ni makan pokok padi terus ke akar. Bukan sedikit tapi banyak. Tak sempat aku nak ambil gambar untuk tunjuk pada korang. Tapi setiap kali aku balik kampung atau Ayah aku ke rumah kami, mesti dia tak lupa untuk bekalkan seguni beras untuk di muat di dalam kereta aku. Memandangkan anak aku yang ramai, kadang rasa tak perlulah sebab tempat menjadi sempit. Tapi pemberian orang tua tak sampai hati untuk di tolak. Sedih rasanya. Bagitu juga dengan barang barang yang lain seperti kelapa muda, pisang, mempelam dan banyak lagi bekalan makanan.
Pada hari raya kedua, aku kumpul anak anak aku untuk bergambar. Biar mereka tahu bahawa bendang inilah yang membesarkan umi mereka dari kecil. Aku cuma ambil umi mereka apabila besar. Hidup susah dan cabaran perlu di didik pada anak anak. bukan semua perkara mudah untuk kita miliki. Bila ada cabaran dalam hidup dan ada pengrbanan baru rasa manisnya perjalanan hidup ini. baru tahu rasa nikmat dan berkat anugerah dari Allah Taala.
Ini gambar anak buah aku. Anak adik wife aku. Dua tu kembar seiras. Sampai sekarang aku masih keliru yang mana satu. Selalu aku tersilap sebut. Bila anak anak selalu balik kampung baru lah mereka rapat dengan sepupu mereka. Tak ada jurang dalam pertalian keluarga. Tradisi ini memang kena terus amal. kalau tidak kita tak kenal adik berdik dan hidup sendiri sendiri sahaja. Dunia ini bukan milik kita seorang tatapi milik semua orang. Tapi empunya sebenar adalah Allah Taala bagi orang yang mengerti.
Comments
Mujurlah aku dijodohkan dgn keluarga yang ada bendang...heheheh
Bile dah kahwin I berangan nak ade kebun....so my mum belikan aku kebun 3 ekar....tak jauh kat Ulu Tebrau kat Ulu Tiram aje dlm 20 min drp Setia Tropika. Tapi aku jek yg minat pegi kebun anak2 tak minat.