Pokok Zaiton

Dulu aku tak pernah kenal pun wajah pokok zaiton. Buah zaitun kenal la dengan rasa yang payau, kelat dan pahit. Pertama sekali aku rasa buah zaiton masa aku berada di Belgium. Masa tu orang Morocco jamu aku breakfast makan roti cicah dengan minyak zaitun dan buah zaiton sebagai salad. Aku dengan member aku memang terkejut. Breakfast kita dah biasa makan nasi lemak, bihun atau mee goreng dan kueh mueh. Ni tak masuk akal langsung dan menjadi sesuatu yang pelik.
.
Pertama sekali aku melihat pokok zaiton semasa aku bekerja di Copenhagen, Denmark. Di sana mereka jadikan pokok zaiton sebagai indoor plant and di letak di dalam pasu yang comel. Pokok pokok ni di jual oleh florist di tepi tepi jalan. Oleh kerana aku selalu sangat jalan kat situ so aku pun memaksakan diri aku untuk bertandang dan terus beli. Beli tu sebab niat nak bawa balik ke Malaysia nak tanam. Bila aku balik cuti aku pun seludup pokok zaiton ni dalam luggage dan selamat sampai di rumah dan terus tanam. Bila aku kembali ke Copenhagen aku selalu talipon wife tanyakan keadaan pokok zaiton aku tu. At one time dia hidup subur sangat and finally dia terbantut. Rupanya pokok zaiton ni tak suka air yang berlebihan. Tau sajalah hujan di Malaysia sepanjang tahun. Agak setahun juga dia dapat bertahan dan akhirnya dapat infeksi kulat dan terus daun gugur dan mati.
.
Seperti dalam gambar di atas, pokok zaiton ni memang sesuai untuk di jadikan bongsai. Masa balik baru ni ada orang jual pokok anggur yang dah instant dan matang. Batang pun dah besar dalam 4 inci diameter. Aku teruja nak beli untuk di letakkan pada sepasang pasu besar pada entrance rumah aku. Harga tak murah juga iaitu RM250 satu. Aku dok berbelah bagi nak beli atau tidak and finally aku terpaksa cancel sebab aku rasakan nanti menjadi tambahan beban dan tanggungjawap untuk wife aku uruskan. Hehehehehe......... lain kali ajelah bila aku dah settle down kat Malaysia baru aku sambung aktivity landscape aku ni.
.
Sekarang ni barulah aku selera sangat makan buah zaiton setelah mencuba berpuluh tahun yang lalu. Kalau sapa saja pelawa kat aku buah zaiton mesti aku rembat sampai habis. Semalam aku beli satu paket kat bazar dalam 500gm saja. Tapi yang masin pulak tak macam rasa yang dalam tin yang kurang masin. Tak apalah....ni pon dok slowly slowly makan nanti habis jugak kan.....

Comments

SkiD said…
Aku tak pernah makan buah zaitun. Apa lagi tengok pokok...
ASH said…
Pokok ni baguih ni kalau dapat tanam..
Abu Ikhlas said…
skid,
kalau ada rezeki balik nanti i bawakan untuk you. eh what is your yahoo address...leh chat sekali sekala
Abu Ikhlas said…
Ashley,

kat mesia ada jual ke??? Tak pernah nampak pun
ASH said…
"KALAUUUUU" in quote.....saya tak pernah nampak lagi dijual commercially kat Mesia!
adbas06 said…
assalam, boleh tak seludupkan satu pokok atau keratan untuk saya?
adbas06@gmail.com
adbas06 said…
assalam, boleh tak tolong seludup 1 anak pokok atau keratan untuk ku?
adbas06@gmail.com

Popular posts from this blog