Romario - Our New Family
Setelah aku ambil BoBO aku rasa bersalah pulak sebab BoBo tak ada teman. Walau bagaimana pun BoBo setai bermain dengan aku. So after mesyuarat dengan Pokku kami decided untuk ambil adik BoBO seekor lagi untuk menjadi teman dia. So kalau aku ke ofis BoBo tak sunyilah sebab ada teman. Bila sampai di kaeasan camp subcontractor kami nampak Romario dok berehat bersama yang lain. So Pokku terus capai Romario. Rupanya ada lagi dua adik adik BoBo bersama dengan ibunya.
Pada mulanya susah juga untuk beri nama seperti BoBo. Iaitu mudah dan menarik. Selepas fikir punya fikir aku pun beri lah nama yang ala Latin skit iaitu Romario. Kalau nak short aje boleh panggil Roma. Masa sampai di bilik aku dia malu-malu kucing turkmen. Pada hari kedua barulah dia dah mula merapati aku. Tapi pada hari pertama tu dia masih tak pandai ke toilet. Siap kencing di bawah meja aku. Aku ingatkan air apa. Bila lihat muka selamba dia aje baru aku tau dia kencing. Lepas tu kena kurung dlm bilik airlah untuk train kencing. Sekarang dah ok. Lepas makan aje BoBo dan Romario pergi ke toilet bersama untuk qada hajat.
Orang mesti ingat aku pelik..hehehe..tapi tak apalah sayang binatang apa salahnya. nanti kalau balik Malaysia mesti aku merindui mereka pulak. Setiap hari aku terpaksa salin pasir di toilet mereka ni. Pasir aku kutip di sebelah banglo akulah. Cuma dok memikirkan macam mana kalau aku balik cuti ni?? Nak kena minta cleaner tolonglah tapi aku percaya Pokku mesti setia mennguruskan bebudak dua eko ni......Tak apa ko jadilah ayah angkat depa tu....
Regent Park Mosque London Setiap hari Khamis malam Jumaat aku akan ke London untuk ke Algate East Mosque, Christian Street, London. Masjid ini dahulunya adalah synagogue. Apabila komunity Islam sudah bertambah di kawasan ini, terutamanya warga Bangla, maka ramai orang orang Yahudi yang berpindah ke North London. Selalunya aku akan terus dari kelas ke sana yang memakan masa selama 30 minit by train. Kadang kadang ada member teringin nak ikut tapi selalunya aku seorang lone ranger aje. Di samping dengar bayan sekali sekala seronok juga boleh jumpa dan borak dengan member2 yang lain. Di sinilah aku selalu jumpa Abang Qasim aku tuh. Kalau aku dah penat dan rasa dah lewat untuk pulang ke rumah, aku iktikaf aje di masjid. Kalau aku iktikaf Abang Qasim lah yang selalu sediakan bistra untuk aku. Sayang dia kat aku...hehehehe. Esok paginya kadang aku terpaksa ponteng kelas sebab lewat. Lagi pun subjek tu bukanya ada exam pun. Jadi week end sahaja aku selalu lepak di rumah member member aku yan...
Comments