Shopping In Istanbul
.
Semua orang suka shopping. Termasuk lah diri aku ni. Kalau di Malaysia semua barang keperluan rumah dan keluarga aku yang beli dan sediakan. Wife aku memang tak fikir. Aku yang bertungkus lumus untuk fikir semua itu. lagi pun aku ni cerewet skit dlm hal shopping ni. Di Istanbul macam macam ada memang enjoy nak shopping. Tapi memang letih sebab terpaksa buang masa untuk tawar menawar. Kalau tak pandai tawar kena ketuk pulak. Tu yang geram sangat. Bila beli barang cuba compare dgn barang Malaysia sebagai bench mark. Tapi ada yang murah. Kalau ada price tag senang tak perlu nak tawar lagi. Sini macam Malaysia boleh pilih beli di Kedai fix ed price atau bazar macam pasar malam. Ada barang ori dan ada imitation. Walau imitation tapi quality not too back especially levi's jeans.
.
Sedialah duit banyak banyak. kalau makan nak murah makan aje kebab biar badan debab. Kalau makan makanan hidang tanpa price tag memang mahal. Kadang tak terfikir dek akal. Sebab dia main ikut suka hati aje nak hentam harga. So apa apa hal kena berwaspada. OK...mari kita lihat apa yang ada di sana dengan melihat sebahagian gambar yang aku ambil.
This is the famous turkish delights. Manis dan beranika rasa termasuklah manisak baklava. Aku pernah beli dulu tapi anak anak aku tak berapa suka. Mungkin terlampau manis. Memang sesuai untuk di beli sebagai hadiah sebab di pak dlm bungkusan yang cantik. Ada juga yang dah pre pack dlm kotak. Berbagai rasa dan jenis dengan taburan kacang seperti badam, pistachio, almond, pecan dan macam macam lagi.
Ini kedai karpet. Antic kapet susah nak di bawa keluar. Kapet bukan nya murah. Mahal. Makdatin Malaysia memang ketagih beli kapet untuk di gulung dan sandar pada dinding sebab nak pijak sayang. Lastly kapet di hiasi dengan tahi tikus...hehehe. Aku tak gila la benda ni sebab rasa tak logik nak pijak kapet yang beribu ribu lemon harganya. Cukuplah pakai tikar Sarawak yang aku beli masa kerja di Bintulu. Tapi kalau orang dah melimpah duit apa salahnya nak beli kan. Jangan terkejut sebab ramai orang Peniaga di sini boleh cakap melayu. Tahulah apa maksud nya kan....
Ini anting anting yang di jual di tepi jalan dengan harga 1Lire sahaja. Bolehlah kalau nak beli pada member pompuan ofis sebagai cenderahati.
Jaket kulit menjadi kegilaan pelancung. Sesiapa sahaja yang datang ke sini mesti tak lepas untuk dapat kan sepasang jaket kulit. Hagra dalam USD100 keatas. Kena pandai tawar menawar. Fesyen dan model yang up to date. Nak jenis fit dan loose pun ada. Memang mabuk dan confuse nak beli yang mana dan warna apa. Sesiapa yang berangan nak business pon boleh jugak. Tapi sebelum nak beli kena bagi tau kita ni student dan jek skit peniaga tu. Kalau orang tua senang skit nak jek dan panggil lah dia uncle....pegang dagu dia skit dapat la murah....cuba lah tips ini. Tapi kalau orang perempuan jangan pula nak usap dagu orang tua ni nanti jadi lain pula. Ini adalah satu peringatan penting.
Berbagai bagai jenis quran di pamerkan. Ada yang jenis lama yang berusia dan di tulis dengan berbagai bagai jenis seni khat.
Painting pun di jual. Aku kurang pasti harga nya. Cuma susah untuk di bawa pulang unless boleh di roll dan letak dalam casing.
Rempah ratus berbagai jenis dan haruman di jual di Spice Bazar.
Berjenis jenis kacang juga di jual di sini. Kalau tak silap lebih kurang harga di Malaysia sahaja
Baju pasukan bola sepak begitu banyak sekali. Kebanyakan nya local product yang kualitynya boleh tahan juga. Macam negeri China juga terdapat berbagai2 T-shirt mewakili kelab kelab popular. Aku tak belilah sebab dah banyak aku beli pada anak anak aku. Kalau beli pun mereka masih mahu t shirt MU atau Arsenal.
Cuba lihat beg tangan wanita ni. Cantikkan. Kalau tunjuk pada orang pompuan kat opis aku macam JU, Lynn dan Kasma mesti terliur. Ada yang kulit dan ada yang syntetis. Kebetulan hotel aku di kawasan buat beg tangan, kasut dan jaket. HHhhhmmm...terduga nafsu sekejap.
Kami sempat masuk ke kedai kasut wanita sebab Ojai nak beli kasut untuk wife dia. Lama juga dia nak decide sambil membelek belek maklumlah banyak sangat dan dah rabun nak pilih yang mana. Semua kasut kasut di sini adalah real leather dengan berbagai design, warna dan fesyen. Bila nengok kasut ni teringat plak wife aku kat umah.... Aku talipon juga tanya dia nak ke...dia kata tak payah la sebab kasut yang aku beli di Paris dulu tu dia kata elok dan masih sedap di pakai....
Kasut lelaki pun sama. Ada kedai yang jual biasa dan ada yang jual secara borong.Design memang hebat dan semestinya real leather. Di Malaysia kalau nak beli kasut tak banyak choice dan status leathernya memang meragukan. kalau kasut di sini memang sudah di stamp dengan leather pada tapak atau dalam kasut tersebut dan semestinya halal. Ini yang penting.
Baju pengantin pun banyak. Ada yang seksi lagi. Sesiapa yang berhajat untuk menikah satu lagi atau mendirikan rumah tangga untuk kali pertama bolehlah beli satu untuk bakal isteri atau isteri baru.
Ini pula jubah yang selalu di pakai oleh wanita di sini. Banyak jenis dan mengikut musim. Kalau untuk Autumn and winter Jubah tu tebal skit dan ada linen di dalam. Tapi untuk musim panas di buat tanpa linen. Ojai beli lah satu untuk isteri tercinta. Semua ini adalah local product.
Tudung kegilaan wanita. Kalau di Malaysia selalunya wanita tempatan suka pakai tudung kosong untuk di padan kan dengan baju kurung. Tetapi di sini semuanya design tersendiri sama ada geometry atau floral atau nature. Aku beli beberapa helai untuk anak dara aku. Beli jenis kain polyester aje. kalau nak beli jenis sutera pun ada tetapi harganya lebih USD50 untuk sehelai.
Winter jacket for men. Mabuk...mabuk...tak tau nak cakap apa lagi...rasa duit boleh mengalir macam air sungai rejang. Itu belum lagi blazet dan kod. Harga murah dan berbagai pilihan ada. kalau ada summer sale lagilah murah. So kalau datang sini bawalah duit bebanayak supaya tak nyesal.
Kasut untuk golongan remaja. Berwarna warni dan sesuai untuk di pakai dengan jeans. Sesuai ke kalau aku pakai. Mesti nampak bergaya dan ranggi. Kalau orang nengok mesti ingat bujang lagi dan baru umur seawal 3oan. Bila cakap pasal umur ni...orang Turki ni selalu ingat aku ni baru umur 30 tahun. Terkembang semangkuk sekejap. Apa tah lagi kalau aku beritahu aku ada anak lapan. Terkejut dia orang ni hampit nak pengsan. hehehehe.....inilah perjalanan aku yang tak sudah....harap korang semua enjoy no.

Comments

Irwan said…
Things that makes me fall in love to Istanbul adalah the history... I terpukau melihat how they take care of every single each of their historical places.. Selain dari scenery yang memang memukau... Architecture and their sense of fashion wow marvelous!!
Abu Ikhlas said…
ıstaanbul memang best kan...semu cantık....tapı rugı kalu tak sembahyang dı blue most sebab dı luar lebıh ramaı dari di dalam

Popular posts from this blog