Car Boot Sale
.
Sapa kata CBS hanya famous di UK saje? Kat sini pun ada. CBS ni macam dadah. Kalau orang yang pandai cari barang boleh ketagih. Pernah dalam ada orang beli satu lukisan di CBS lepas tu lukisan itu di lelong dengan harga lebih dari satu juta pound. Aku tak adalah ketagih. Tapi aku tahu apa barang nak di cari. Di CBS biasanya mereka menjual barang second hand atau barang yang baru yang tidak di guna.
.
Di UK dulu para isteri pelajar Mesia menjadi begitu ketagih untuk mencari dan memberi teroli sorung yang boleh di letak tea minuman dan kueh. Kira menjadi rebutan lah. Kalau tak percaya cubalah pergi ke rumah mereka di Malaysia pasti ada teroli tersebut walaupun satu. Jadi kerana demand tinggi seawal pagi mereka dah pegi. Kadang penjual baru nak buka boot kereta mereka dah stia menunggu. Begitulah ketagihnya CBS. Aku pun beli juga tapi aku suka cari buku dan beli pram mother care untuk anak sukung aku masa di sana. Sampai sekarang masih elok. Itu pun sebab murah. Nak beli ori mana mampu, masih student katakan.
.
Berbalik cerita CBS dan teroli tadi.....di Manchester ada seorang keluarga ni, yang isteri dia suka sangat beli teroli. Siap di beli untuk nenek, mak, makcik, adik dan boleh kata se entario keluarga lah. So sebab passion dia pada koleksi teroli maka seluruh warga Manchester panggil dia Mek teroli. Kalaulah nama dia Zainab...orang akan panggil dai Zainab Teroli. Kira Teroli dah jadi macam surname. heheheheh......So di sini aku pun ada gak barang nak cari kat CBS ni. Kalau last week aku beli pokok...hari ni aku dah beli...traaaaa......
Comments
Enjoy reading your blog esp barang barang yang di jual kat sana.