Chef and His Team
Chef aku nama dia Seroji. Dia orang Kuala Kangsa dan pernah bekerja di Menara Kuala Lumpur di restoran atas kayangan tu. Sebenarnya aku pun tak pernah ke Menara Kuala Lumpur. Pada hal dok ulang alik KL tiap hari. Nantilah aku pergi. Dalm contract kita memang specify kahs tukang masak Malaysia. Jadi kontractor ni kenalah cari tukang masak dari Malaysia. Tapi chef tak tinggal di kem ni sebab dia ada kem dia sendiri di Bandar. Dengaq cerita dia akan dapat seorang lagi chef pembantu dari Malaysia. Kalau dia cuti teruklah kami sebab tiada pengganti. Sapa yang nak buat sambal belacan, nasi lemak, sambal tumis, masak lemak dan asam pedas.
.
Pagi setiap minggu pasti ada roti canai, soti sorai, lontong dan banyak lagi. Kalau ikutkan hati badan pun boleh jadi tong drum. jadi kenalah control. Roti canai dia lah tebar setiap pagi. Nak yang kosong ada, sadin ada dan telur pun ada. kalau lontong tu ok jugak tapi kurang rasa skit sebab daun daun Malaysia tak ada di sini. Cili padi pun tak ada jadi kurang ummph. Kalau hari Jumaat dan Ahad pasti ada nasi briani. Kalau hari lain adalah kurma, ikan masak taucu, kari ikan, sambal tumis ikan, rendang ayam dan daging serta masak kari ayam dan daging. Bab masak ni boleh penat satu badan kalau staff tak ada pas tu plak pembantu yang lembab. Boleh sakit jiwa.
.
Masa aku ajak ramai ramai dlm dapur amik gambar, ada yang tersipu sipu masuk. Dulu masa kat Sudan aku dah ambil gambar mereka sekarang di sini pula la. pagi kalau breakfast si Yunuslah yang setia membuat kopi kat kita semua. Kalau tengahari pula anak anak dara. Aku makan tak banyak ala kadar aje tapi strugle betoi nak reduce weight. Rasa dah macam saturated aje body mass ni. Sapa ada idea aaa....
Hari ni makan nasi briani. Nampak kari kambing sedap aku pun belasah sakan makan dengan roti. Lapar sungguh lepas balik dari town. Lepas tu mata pun dah lentuk mengantuk. Kalau tidur rugi pulak jadi biarlah aku habiskan tulis blog pada minggu ini dan habis kan novel aku tu sebab time is agaist me now. So malam boleh aku concentrate dengan stitching aku tu. Insyaallah malam ni nak kena sambung vocab aku balik.
Comments