Sport Carnival

Dua minggu lepas kami ada meeting dgn Raja Zaki. Ingatkan meeting apa dia. Rupa rupanya nak buat sport karnival. Tujuannya nak rapatkan hubungan sesama Malaysian dan juga untuk merapatkan silatul rahim orang Malaysia dengan Local. Kami pun setujulah dengan hasrat yang murni ni. Setelah discuss punya discuss dan mencurahkan idea idea yang bernas, untuk menyatu padukan penduduk di sini kami tubuh kan rumah sukan. So ada empat rumah sukan semuanya iaitu Merah, Biru, Kuning dan Hijau. Kalau kita guna nama company takut segregate plak matlamat sebenar.
.
So discuss punya discuss lagi kami pun setujulah untuk adakan beberapa permainan dan telematch. Permainan yang akan di adakan adalah mengikut facilities yang ada di kem ni. So finally kami decide untuk adakan permainan Futsal yang akan di adakan di dalam gelanggang tenis ( Jgn ada malaun yang merembat kuat udahlah nanti berlubang pagar tu). table tennis, pool, volleyball dan sepak takraw.
.
Semua orang telah mendapat pasukan masing masing dan pandai pandailah strategi untuk menang. Aku kebetulan Manager untuk rumah Biru. Semalam dah ada meeting team dan dah select wakil captain untuk semua game dan captain akan buat final selection untuk acara sukan nanti. So kita adakan beberapa syarat supaya ramai orang yang dapat mengambil bahagian. Kalau boleh semua perlu ambil bahagian. Barulah fun kan.... Aku main table tennis dan volleyball saja.
.
Setiap pemenang akan dapat hadiah yang baru nak arrange dan juga pakaian sukan dan cap untuk kale rumah masing masing. Acara dan condition permainan unik skit jadi semua pasukan kena strugle untuk menang. Tak ada lah hanya satu pasukan saja dominant. Tak aci lah kan. Setiap peserta hanya di limitkan mengambil dua acara sahaja. Tapi bila dah sort in and out rupanya pasukan aku Malaysian dia tak cukup so nampak gaya kena break the rule la.
.
26 ni ada preliminary round, lepas tu hujung bulan May dan karnival sukan pada hujung bulan June. Elokla sebab pada masa tu dah summer jadi sesuai benolah. Jangan ada yang pakai seksi seksi sudah. SO agak agak pasukan mana yang boleh jadi johan???? Kita tunggu no...semestinya la Biru.....GO BIRUUUUU......GGGOOOO

Comments

Popular posts from this blog