Kembara Yang Tak Sudah
Bukan mudah untuk datang ke negara ini. Perlu ada LOI atau letter of invitation. Kalau tak ada visa tak di keluarkan. Memang leceh. Kalau dapat Visa perlu apply di airport dan selalunya di beri selama sebulan sahaja. Setelah tamat tempoh perlu keluar dari negara ini semula dan masuk balik dengan LOI yang baru. So satu tips istimewa ialah buatlah paspot yang tebal 60 mukasurat. Sebab setiap kali masuk visa akan di tampal pada mukasurat baru. Bayangkanlah kalau selalu keluar masuk ke negara ini pastinya paspot yang setebal separuh cm akan menjadi 1 inci sebab tebal dengan pelekat visa. Apa nak buat dah negara orang macam ini. Ikut sajalah.
.
Visa aku mati pada 30hb Mac dan Ojai 2hb April. So kami dua decided untuk keluar bersama ke Istanbul. Mudah sebab ada kawan. Apa apa hal senang especially bila masuk semula ke negara ini. Sebab untuk masuk ke sini memang kena expect the worst. Bila time nak landing aje rasa tension semacam. Bukan apa...sebab nak deal dgn pegawai imigrasi dan kastam yang banyak songel. Kalau tak silap aku lebih 4 kali paspot di semak sebelum naik teksi ke hotel. Memang tension. Kalau orang ada darah tinggi memang blood always go up stairs. Tambahan pula bila melalui kastam di minta buka beg dan di kecah2 nya dah nak kena pack balik. Masa tu rasa macam nak tenyeh aje muka kastam tu. Orang kata kalau nak mudah selit aje USD5 dalam paspot tu. Aku tak pernahlah buat lagi.
.
.
Nak jadi kan cerita pada hari jumaat tu ada gomen officer datang ziarah site termasuk beberapa pak menteri dan president. Masa di pekan untuk sembahyang jumaat tu polis di sana sini. Aku dah mula suspect yang airport akan di tutup. Sebelum tu aku ajak Ojai ke Asghabat awal takut flight problem. Tapi sebab VVIP ni datang kami kena lewat kan flight kami. So betul tekaan aku yg airpot ditutup. Apa lagi kami tiada pilihan lagi. Terpaksa suruh driver hantar kami ke Ashgabat ikut jalan darat yang ambil masa 7 ke 8 jam. Flight ke istanbul pula tepat pada pukul 4.30 pagi. Sini pelik skit sebab kebanyakan flight tu waktu subuh buta. Hhhmmm....
.
Driver aku nama Jummah. Mungkin mak dia beranak dia pada hari Jumaat kot. Sebelum berlepas aku ke cafeteria ambil beberapa biji oranges, epal dan mineral water untuk bekalan. Tepat pukul 6.30 petang kami bertolak dari kem. Sepanjang perjalanan hanya Allah yang tahu. Nak tido memang tak boleh sebab jalan bumpy at certain stretch. Rasa macam naik kuda aje. Jalan pula tak ada lampu langsung. Kalau travel waktu siang enjoy la gak sebab dapat lihat pemandangan yang pelik2 tapi waktu malam gelap saja la. Kami sempat berhenti dua kali sepanjang perjalanan sebab nak buang air. Mana lah ada tandas dan di tengah padang lapang...so apa lagi pancut ajelah.........
.
Kami tiba di Asghabat tepat pukul 2 pagi dan singgah sekejap di ofis untuk sembahyang jamak qasar maghrib isyak dan ambil tiket untuk ke Istanbul. Orang tak ramai sangat sebab airport kecil tapi besar dari airport Sudan. Tepat pukul 5 pagi kami pun berlepas lah. Masa tu lega sangat tak tau nak habaq. Rasa kami sebebas burung di angkasa..........yes.....such a relief
Comments