Kaka Lapar
.
Petang semalam aku lihat hidung Kaka luka. Aku tak tahu kenapa. Mungkin terkena apa apa atau orang cederakan dia. Kasihan. Aku tahu dia sakit dan lapar. Tambahan pula semalam cuaca tiba tiba sahaja menjadi sejuk. Angin bertiup menderu dari utara ke selatan. Dengan cuaca begini pastinya Kaka tak selesa. Aku ke surau sebab setiap malam Jumaat ada bacaan yasin. Bukan apabila baca yasin sahaja nak jenguk surau, tapi tiap waktu. Aku melangkah perlahan ke surau. Aku lihat Kaka menuju ke arah aku sambil meowing. Aku tahu dia lapar. Aku ajak dia masuk ke surau dan tunggu di belakang sementara menunggu aku habis sembahyang dan baca yasin. Aku lihat dia tidur di belakang dan suhu di dalam surau membuatkan dia rasa sedikit selesa.
.
Setelah selesai majlis yasin aku ajak Kaka ke bilik untuk diner. Makanan Zara masih banyak yang tertinggal. Kaka dengan setia mengikut langkah aku menuju kebilik. Buka pintu sahaja terus dia meluru ke dalam sambil mencari makanan yang aku simpan di dalam kotak. Terus aku masukkan makanan ke dalam mangkuk dan dengan rakus Kaka habiskan makanan. Aku tambah lagi. Aku tahu dia lapar. Aku perhatikan dia sambil aku habiskan novel aku yang ketiga. Selesai makan terus dia ke katil aku untuk berehat seketika sebelum meminta izin untuk berundur diri.
.
Kaka dan aku tiada bezanya. Sama sama perlukan makanan dan tempat tinggal. Aku cuba memahami keadaan Kaka. Tapi aku juga terfikir adalah lebih mulia menjadi Kaka kerana hisap akhirat tiada di dalam kerisauan and fikiran Kaka. Tapi bagi manusia seperti aku ini perlu hadapi hari pengadilan dengan bukti yang kukuh........apakah nasib aku di sana nanti....
Comments