Senibina Warisan Ottoman
.
Turki adalah sebuah negara yang kaya dengan warisan budaya samaada dari segi seni binaan dan sebagainya. Jika kita menjelajah ke pelusuk turki amat sukar untuk mencari pekerja asing di dalam setiap industri. Aku boleh katakan mereka mempunyai sifat nasionalist yang teramat tebal di dalam jiwa. Carilah di mana mana memang pasti tiada pekerja asing. Tidak seperti di Malaysia yang di banjiri oleh jutaan warga asing yang datang dari berbagai negara. Di Istanbul khasnya dari pekerja bellboy hingga ke penyapu sampah semuanya di lakukan oleh rakyat mereka sendiri. Dari waiter restoran hingga ke buruh binaan semuanya di lakukan oleh rakyat Turki sendiri.
.
Bila berbicara mengenai senibina Turki, ianya agak unik dan mempunyai karakter yang sama. Contohnya masjid sebagai contoh yang mudah. Terdapat kubah bentuk yang sama dan menara yang sama. Mempunyai warna yang sama. Dari jauh kalau di pandang sudah terdetik di hati bahawa itulah masjid. Kebanyakan masjid2 ini di bina dengan mengunakan batu mabel yang besar besar. Di dalam agak sama iaitu di hiasi dengan corak dan awan larat yang sarat dengan warna dan inspirasi. Memang menakjubkan. Semua bahan binaan dan seni lukis dan ukir di hiasi oleh orang turki sendiri. Senibina Turki adalah seindah dan secantik rakyatnya kalau tak keterlaluan di ibaratkan. Marilah sama sam menikmati keindahan senibina ini yang di ilhamkan oleh Allah yang maha kuasa kepada rakyat turki sendiri.
Masjid yang nampak simple dan menarik dari pandangan sisi berdekatan dengan Istanbul Universiti
Beginilah pemandangan tipikal pintu masuk masjid masjid di Turki.
Sebuah bangunan di perkarangan toko toko buku bersebelahan dengan Grand Bazar
Menara masjid yang mencari mercu tanda keagongan Islam di Turki.
Comments