BoBo
Semalam aku pergi mengambil BoBo dari ibunya. Aku pegi dengan Pokku. Masa kami mencari Zara lebih kurang sebulan setengah yang lalu. Kami terjumpa BoBo yang baru di lahirkan. Semasa tu ibu BoBo menyusukan mereka empat beradik. Mata pun belum celik lagi pada masa itu. Jadi kalau sudah memang di takdirkan tak dapat jumpa Zara, maka aku akan ambil satu dari empat anak kucing ini. Saudara BoBo yang lain bewarna putih dan dua ekor lagi bewarna putik dengan tompok hitam.
.
Semalam saudara BoBo yang putıh sudah tiada dan di beritahu bahawa sudah di ambil orang. So masa sampai tu BoBo terus lari daripada menyusu. Dia memang terasa yang kemungkinan aku akan mengambil dia. Aku bawa BoBo pulang selepas waktu kerja dan bawa terus ke bilik. Aku berikan dia makan susu dan ayam yang aku ambil dari cafeteria. Susu dia minum dengan lahap tetapi ayam cuma di hidu. Kemudian dia terus meow sekuat hati. Aku rasa dia mencari ibunya.
.
Semalam sambil aku membaca buku di atas katil, aku sama sama bermain dengan BoBo. Rasa seperti dia sudah serasi dengan aku. Mula mula BoBo seperti terasa malu tetapi kemudiannya dia terus bermain dengan aku sambil mengigit jari dan baju aku. Aku beri dia bola pingpong untuk dia terus main di atas katil.
.
Jadı sekarang ni adalah teman untuk berbual di dalam bilik dan alhamdulillah dia sudah pandai ke toilet sendiri.
Comments
tula pk punya pk kası nama tu aje lah....ni kalau balik mesia nak kena cari baby seater plak.....pening dok memıkır