The Godfather
.
Sebelum aku bertolak ke Istanbul tu, aku tanya Pokkuu apa nak pesan. Dia kata dia nak pesan topi mafia.....aku pun terfikir bagaimana topi mafia tu..Rupanya topi tu macam cerita the Godfather yang dok pakai. Tahulah aku rupa dan bentuknya. Lepas tu aku tanya lagi nak yang fabrik macam mana sebab mungkin ada banyak jenis. Dia kata nak wool type warna hitam. So tahulah aku akan kehendaknya.
.
Sampai di Istanbul aku pun terus mencari tapi masih tak jumpa. Pada hari Isnin tu baru aku jumpa bila aku lalu lorong lorong di sepanjang Egyptian Bazar. Aku masuk satu kedai tu dan aku nampak topi the godfather ni dan tanya harga. Penjual tu kata 20 lire. Aku tawar dia tak kasi. Tapi bukan jenis wool tapi colderoy. Finally aku beli juga sebab dah letih mencari. Jadi aku terfikir balik bagaimana nak membawanya. Kalau di masuk dalam luggage mesti kemek topi dan rosak. Mahu tak mahu aku kena pakai jugak. Hhhmmmm...... So aku terus berjalan kehadapan barulah jumpa kedai yang membuat kelengkapan pakaian askar, polis dan petugas beruniform. Aku masuk ke kedai tersebut dan nampak topi yang di maksudkan itu. Aku ambil dan belek terus bertanya harga. Penjual kata 35lire tapi jahitan dalam kurang kemas. Aku masih ragu untuk membeli sebab kalau dua topi bagaimana aku nak pakai. Takkan nak pegang dengan beg aku yang berat dan banyak. Finally aku decided tak payah la beli sebab nanti aku datang lagi.
.
So sejak hari itu aku terpaksa pakai kemana saja aku pergi dengan topi tersebut. Sebelum itu aku ada membeli winter kod warna hitam yang aku idam kan. Bila aku padankan topi itu dan pakaian kod tersebut baru aku terperasan yang aku ni nampak macam 'Rabbai'. Alamak...... mesti orang ingat aku semacam dengan janggut aku yang lebat berkaca mata lagi. Sebiji benar nampaknya. Hehehehe......aku terus tersenyum seorang diri........
.
Balik terus aku beri pada pokku dan dia kata topi ini dah ok tapi dia tetap mahukan yang jenis wool itu. Ok lah insyaallah kalau aku ke sana lagi aku akan pastikan untuk membelinya lagi. Aku pun hairan mengapa Pokkuu nak sangat topi ini. Rupanya harga topi ini di Malaysia hampir RM500. Patut punn........
Comments