Kempen Selamatkan Kura-Kura
.
Sekira anda berkenderaan dari site ke pekan atau vice verse anda akan dapat melihat kura kura dengan sabar melintas jalan. Aekurang kurang nya anda akan dapat melihat seekor. Kalau nasib baik anda akan dapat melihat beberapa ekor kura kura yang melintas jalan yang bumpy ni. Jalan ini menuju ke Kazakstan ke sebelah utara dan menuju ke Iran kesebelah selatan. Tapi jalannya tak adalah sesibuk mana pun. Makan jalan ini adalah penghubung bagi saudagar saudagar untuk menghantar barang dari utara ke selatan. Bukan kereta biasa sahaja yang lalu malah lori kontena dan tanker pun melalui jalan yang sama.

Sebenarnya dalam perjalan tu kami baru balik dari meeting di Supply base sebab nak organise kan sport karnival. Lepas sahaja meeting aku ajak member aku ni, Zamri pergi gunting rambut. Rasa dah rimas sebab dah panjang lagi pun gunting rambut di sini tak hal cuma 30Manat atau RM4.50 sahaja. Member aku ni 'double barrel'...hehehehe. Faham aje lah kan. Dia ni kalau aku dok nilai nilai dan kaji kaji rasanya sedara kepada Hamid Gurka. Kalau tak sedara rapat mungkin bau bau bacang kot.....betoi ke?? Azam...hang cuba jawap sat.... Dia orang Johor dan ada darah Jawa jugak jadi tak salah juga kalau aku panggil dia 'Wak Karjo'.
So bila nampak aje kura kura melintas jalan kami pun suruh driver berhenti sebab si Zamri nak jadi mcam 911 la. Atas kesempatan tu aku pun ambilah gambar dia yang henseng tu.... Siap dia suruh masuk dalam blog. Sekarang aku dah tunaikan hajat dia jadi satu dunia leh kenal si Zamri...hehehe... OK aku dah promo hang ni..
Ini lah dia kura kura sini. Mungkin ada yang lebih besar lagi. kalau tak silap aku kura kura ni boleh hidup sampai seratus tahun. Cuma aku dok terpikir jugak apasal kura kura tak leh jalan laju...hhhmmmm....

Comments

Popular posts from this blog