Karnival Sukan - Preliminary Round
.
Hari Sabtu semalam, 26hb May kita start sukan kita ala liga. Ada 5 acara di lakukan. Untuk pusingan pertama ni Team Hijau akan berdepan dengan team Kuning manakala Team Merah akan bertemu Team Biru. Semuanya bersemangat beno untuk menang. Zamri dah mula perang psykologi kononnye tapi team lain ada strategi tersendiri. mari kita lihat apa yang berlaku semalam.
Ini perlawanan pertama volley ball. Aku main kejap setakat cukup korum. Mana penah main. Kalau main hoki ke...golf ke...kriket ke...pandai la aku main. Tapi orang local semangat dan pandai main. Sungguh sungguh depa main. Setiap kali pasukan Biru dapat point mesti pasukan Merah macam bengang semacam...hehehehhe...relek la bukan dapat hadiah apa pun ...piala tempurung belum tentu dapat...Anyway pasukan Biru beats Merah 2-0 bagi pasukan lelaki dan perempuan. Hhhhmmmm...macam ratah sayur aje..... Pasukan Kuning pun kena ratah dek pasukan Hijau 2-0 untuk lelaki dan perempuan. Zamri mesti hot ni...sebab dah habis suara sokong pasukan kuning dia tu.
Keputusan muktamat ialah Biru membelasah merah 4-2 dan Hijau membalon Kuning 5-1
Comments