Perasan Ke Aku Ni.....Hehehehe


Dengan mempunyai anak yang ramai dan membesar dan jadual kerja dan masa yang hectic aku rasa cukup penat. Bila penat terasalah diri ini dah tua. Uban pun dah nampak sana sini. Bagus jugak bila terasa diri tua dan ada nya tanda tanda ketuaan pada diri. Yang penting bila diri dah rasa tua terasa jugaklah nak lebih kan iman dan amal sebagai persediaan. Bila lihat cermin tu kedutan dah nampak sana sini dan kulit dah tak kenyal lagi. Yelah tua bukan ada ubat. Tapi ramai orang takut tua dan sanggup berhabisan untuk terus kelihatan muda. Mengapa kita perlu takut....... Kuat kan amalan dan iman nanti bila masuk syurga sentiasa dalam keadaan muda dan kalau kentut pun bau wangi.
.
Sejak aku balik raya baru ni ramai orang jumpa aku dan tegur aku nampak muda nya. Ketawa aku. Mau kembang semangkuk di buatnya dan mujur tak jatuh dari kerusi. Tapi bukan kembang semangkuk lagi tapi dah sebesen. Tadi masa sarapan dengan member aku, tetiba aku dengar salam. Aku toleh kiri dan lihat jiran aku bersarapan dengan keluarga dia. Dia terus tegur aku nampak muda gile dan dah slim...heheheheh. Ketawa aku di buatnya. Dulu mak dan kakak aku tegur putihnya wajah aku apakah rahsia.....masa tu pun terasa kembang juga. Hehehehe...... Sebenarnya tiada rahsia nak kelihatan muda. Perkara paling penting sentiasa jaga amalan dan jauhi dari problems. Lepas tu buat senaman selalu. Insysallah sihat badan. Ni sebab banyak sangat masalah dunia yang mnyebabkan jiwa sentiasa tertekan dan sentiada berkerut dahi. Entahlah betoi ke tak pandangan aku ni.
.
Cuma sekarang aku agak terkilan bila lihat ramai golongan senior cotozen dah suka mewarna rambut. Apa yang aku faham warna rambut tu boleh kecuali hitam dan bahan yang di gunakan kenalah halal. Bukan halal seperti tiada kandungan kinzir sahaja tapi kena make sure bahan tersebut bukan kalis air. Takut nanti tak sah ambil air sembahyang. Bagi aku kalau rambut dah putih reda sahaja dan anggaplah sebagai nikmat untuk mendekatkan diri dengan Allah dan ingat akan mati selalu. Di sini aku sertakan website yang soal jawap tentang mewarnakan rambut. Apa apa pun terimalah hakikat yang diri ini semakin tua dan menghampiri kubur dan tak payah lah menipu pada diri sendiri.

http://ummusaif.com/2009/07/mewarna-rambut-bolehkah/

Comments

Anonymous said…
kadang-kadang kita sedar & kadang-kadang juga kita tak sedar yang segala nikmat & rezeki yang kita dapat datang dari ALLAH..selalunya semakin kita tua baru kita LEBIH sedar akan hakikat itu..tapi bagi anak-anak kecil mahupun remaja mereka bangga mempunyai keluarga yang senang yang mewah yang berada sehinggakan muncul rasa riak & takbur dalam hati..sering menunjuk-nunjuk di hadapan rakan2..terlalu BANGGA dgn segala kemewahan walaupun itu bukan usaha mereka..sebagai ibubapa kadang-kadang kita terlalu yakin dengan anak kita sendiri dengan berikan segala kemewahan..TERLALU YAKIN sehingga keburukan anak itu terlindung..sentiasalah ingatkan anak-anak terutamanya yang semakin meningkat dewasa semakin leka..

maaf
Mohamad said…
Hai aku ingat aku aje yang perasan bila Mak aku sendiri kata aku ni Muda rupanya dah berjangkit kat kawan aku juga ye... Bagus la Not mungkin sebab kita bersahabat baik fasal tu kita dua-dua nampak muda kan? I setuju yg penting hati kena bersih dan jaga amal insyallah mudala. Kulit kalau dah nak kedut kedut juga, rambut nak putih .. putih juga... Betul kata hang bila dah sedar tua tu baru la nak tambahkan amalan.. sesungguhnya allah maha kaya, maha pengasih lagi maha penyayang...
Abu Ikhlas said…
Mat,

Cant think of it we are near to garave...hu..hu.hu

Popular posts from this blog