Bila Spring Mencelah
.
Yang paling aku enjoy di sini bila spring adalah buah buahnya. Hari ini aku nampak bertaburan strawberi di jual di bazar. Aku beli satu bekas yang berharga 3Manat sahaja untuk aku lepaskan rasa kempunan. Tetapi anggur masih lagi belum kelihatan. Insyaallah bulan depan ada lah tu. Hari ini pula suhu panas juga tak seperti hari hari yang lepas masih lagi sejuk. Rasanya sudahlah dengan suhu shu yang dingin.
.
Kalau aku ada kitchen yang lengkap pastinya aku akan beli fresh yogurt, aku ambil strawberi dan campur bersama . Lepas tu aku akan blend sehingga hancur dan masukkan ke dapam peti sejuk atau masukkan ketul ais. Pastinya lazat sekali.
Comments