Rose Chicken


Setiap pagi Ahad kami di hidangkan nasi lemak untuk breakfast. Waktu sekarang subuh masuk awal dan selalunya selepas subuh di surau aku terus breakfast lebih kurang pukul 5.30 pagi. Awal sangat kan... Bila aku nengok banyak ayam goreng aku pun ambil beberapa ketul untuk masa Ayam Ros ( Ayam masak merah atau tomato la.....nak glamor panggil ayam ros..hehehe). Tomato paste dah ada. Serbuk cil dah ada. Cuma nak sedap skit aku kena beli kacang peas. So aku ke bandar untuk beli kacang peas dalam tin.
. Senang aje aku masak. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai wangi, lepas tu aku masukkan cili serbuk, tomato paste dan serai. Masak sampai pecah minyak lepas tu masuk kan gula dan garam secukup rasa. Then bila agak kuah dah masak dan pekat, aku terjunkan ayam goreng dan kacau sampai sebati. 5minits after that aku masukkan kacang peas dan bawang besar yang di potong bulat kedalam periok. Lepas tu siap di hidang dengan nasi briani. Rasanya???? Wow boleh tahan juga sedapnya sampai menjilat jari. Jadilah nak makan dengan bahan bahan yang serba kekurangan tu....

Comments

Popular posts from this blog