St Luke Hospital, Bradford, United Kingdom

Hari ini aku cuba cari gambar hospital St Luke. Tapi inilah satu satunya gambar yang aku dapat. Di sinilah anak sulung aku Ubaidullah dilahirkan pada 20th June 1992. Masa tu usia perkahwinan aku baru 9 bulan. Orang kata wife aku bunting pelamin. Masa tu kehidupan tidak lah senang. Kewangan hanya bergantung kepada biasiswa sahaja. Mujurlah aku dapat child benefit sebanyak 45Pound sebulan. Jadi cukuplah belanja untuk beli rejected pampers.
.
Nak bersalin di sini mudah sangat. Semuanya free. Itu waktu 18 tahun yang lalu. Sekarang entahlah. Doktor pula kita boleh request untuk dapatkan doktor perempuan. Walaupun dapat consultant lelaki, tapi yang menjalankan tugas adalah midwife dan doktor perempuan. Kadang aku rasa mereka lebih islamic dari kita yang memang orang Islam.
.
Aku ingat lagi, apabila aku balik dari kuliah, aku akan berjalan jalan bersama sama dengan wife aku untuk ke klinik. Perjalanan ke klinik agak 20 minit. Bila dah cukup 6 bulan pregnancy kami di transfer ke hospital St Luke. Kami berdua tetap berjalan. Untuk jimatkan masa dan wang, kami mengambil jalan pintas untuk sampai ke hospital dengan berjalan kaki. Nak naik teksi tak berbaloi sebab bukan jauh sangat. Lagi pun mana ada duit sangat. Mujurlah pada masa tu waktu summer yang mana cuacanya sangat nyaman dan berangin. Service yang di beri oleh midwife dan doktor memang bagus.
.
Sekali sekala aku beli buku Practical Parenting (majalah ni masih aku simpan di rumah sampai sekarang) untuk mendapat ilmu, supaya tak kekok apabila menimang cahaya mata nanti. Bila wife aku dah melahirkan anak sulung aku, aku terpaksa arrange masa aku semula supaya tidak menggangu kuliah aku di University. Pagi lagi aku dah bangun untuk masak. Selesai masak aku bawa semua lauk dan nasi ke tingkat atas supaya mudah untuk wife aku makan. Lepas tu aku akan turun untuk sidai baju di luar. Mujurlah waktu summer cuaca panas memudahkan aku untuk keringkan pakaian. Washing mesin tak ada jadi waktu malam aku terpaksa sental dengan tangan. Masa untuk aku belajar selepas selesai lunch dan selepas waktu isyak. Itulah rutin aku setiap hari. Walau pun penat tapi aku happy. Oooppss...lupa pulak nak beritahu.....banyak baju bayi dan rompers aku beki di car boot sale saja atau di transfer dari kawan kawan. Aku masih simpan pakaian tersebut sehingga anak aku yang kelapan.
.
Bila anak aku sudah cukup sebulan aku pun terus arrangekan untuk berkatan dengan Dr Quraishi. Beginilah tugas aku apabila tiba masa wife aku nak bersalin. Kira mak aku dan mertua aku tak akan risau lagi tentang aku, wife dan anak anak sebab aku dah boleh handle sendiri. Sebenarnya masa itu adalah hak kita dan kita yang kemudikan. Maka pandai pandailah manage masa.

Comments

SkiD said…
Lama dah tak jenguk blog hang ni. Aku tgh outstation. Tak de tenet. Ooo anak hang Ubai lahir masa kat England no....pengalaman menarik tu.
Abu Ikhlas said…
skid'

aku pun tak sempat nak jengah blog hg...nampak stagnant je.....tenet sini lambat cam siput
ASH said…
Tahniah!!! seronok baca pengalamaan saudara..
Abu Ikhlas said…
ashley,

saja tulis , biar anak anak baca...

Popular posts from this blog