HSE Day
.
Hari ini HSE Day sempena sambutan 10 million saved manhours. Banyak aturcara yang di sediakan. kami pun dapat juga tuala freeee...... Hahahahaha. Tapi aku dah sedekahkan pada orang yang lebih memerlukannya. Lagi pun aku dah ada banyak sangat tuala. Kira sambutan meriah jugalah walau dalam suasana kedinginan. Chef siap sediakan 4000 sandwiches untuk di beri pada semua hadirin. Ok jom kita nengok gambar gambar yg tak seberapa aku ambil.

Ini semuanya kita orang punya clerk. Mereka ambil bahagian dalam catwalk untuk safety attire. Kira ok lah kan.....Aku tak sempat nengok depa ber catwalk...

Wah...hensem che Rozaiman kita. Macam Crest pengacara American Idiol. Dia lah orang yang paling sibuk untuk mengendalikan acara ini. Oklah Man..good job tau..

Inilah sebahagian hadirin yang hadir. Makcik ada..pakcik ada...muda ada...tua ada..anak dara pun ada.... mereka ni semuanya pekerja dalam projek kita yang contribute pada 10 millions saved manhours tu.

Tak ketinggalan kami di hiburkan oleh Natalia, penyanyi yang sangat terkenal from Russia. Yang best tu dia start dengan lagu Im Survive. Rancak lagu ni. Aku pun hampir goyang kan badan dan pinggul. Mujur aku dapat control macho. Not bad la...Tak adalah suara sampai ke laut Caspean.

Jeng jeng jeng.....aku pun tak ketinggalan bergambar dengan Natalia. Aku ajak dia bergambar dan dia tanpa soal banyak mahu bergambar dengan aku. Sebenarnya sejuk kat luar tu. Sebab tu nampak aku berbungkus. Tapi si Natalia tu relek aje dengan sekeping pakaian.

menyanyi lagu It Must Have Been Love by Roxette. Wah orang Russia pun pandai menyanyi lagu omputih. Tu kira belum lagi aku nyanyi lagu Russian. Kalau aku nyanyi mesti dapat tepukan gemuruh punya....

Comments

Popular posts from this blog