Susah Juga Nak Buat Pilihan

.
Semalam aku talipon wife aku. Kemudian anak teruna aku bercakap dengan aku. Dia kata, hatinya bergerak deras untuk melanjutkan Dip in Electrical and Electronic engineering di UITM. Sebelum tu aku dah buat pilihan lain. Kemudian dia explain apa yang terbuku di hati dia. Aku tetap mendengar. Kemudian aku menjawap bahawa masih banyak masa untuk membuat pilihan. Matlamat aku sebenarnya untuk hantar dia ke UK kalau ada rezeki untuk sambung degree nanti. Perjalanan masih jauh tapi perancangan perlu bermula dari sekarang.
.
Kemudian aku call somebody yang buat arrangement untuk sambung ke UK selama setahun untuk memiliki degree. Setelah bertutur panjang, aku di nasihatkan untuk hantar anak teruna aku tu ke UITM. Then aku pun terus buat decision. Semalam aku chat dengan anak teruna aku dan memberi dua syarat selain dari belajar bersungguh sungguh. Pertama sekali, no couple couple ( Aku sendiri pun x ada makwe masa belajar..hehehehe). Keduanya internet kena limit sebab menghayalkan dan akan mengganggu pelajaran (aku guna internet pun untuk update blog and baca berita. Since internet kat sini lebih slow dari siput babi mengesot...berita pun dah tak leh baca).
.
Sekarang aku dok fikir macam mana nak balik ke sini kembali sebab uruskan registration dia sebab hari Sabtu tu lah aku terpaksa balik. Pastinya balik ke Malaysia tigs minggu lagi akan membuatkan diri aku sibuk bangat.
Comments