Apa Aku Buat Hari Ini

Sambal tumis ikan bilis bersama potatoes

Masak Kicap Berempah


Hari ini niat mula mula nak ke Bazar saja nak lepak lepak. Ingat tu...bukan nak cuci mata ye.... Entah macam mana rasa malas pulak sebab 5 hari lagi aku nak balik. Lepas solat subuh aku balik ke bilik. Sekarang kita sembahyang jemaah pukul 4.45 pagi walau subuh masuk waktu lebih awal. Mata aku memang mengantuk. Aku rasa elok aku lelap sebentar sehingga pukul 5.45 untuk breakfast. Awal kan breakfast.....
.
Hari Ahad macam biasalah nasi lemak. Aku makan tak banyak. Sekadar alas perut sebab later nak tidur balik. Selepas makan aku ambil semangkuk sambal dan terus ke dapur minta aam beberapa ketul dari chef. Since banyak benda dah aku malas nak fikir, rasanya kalau masak pun enjoy juga di bilik. Aku bab bab modify makanan dan mencipta masakan baru memang berbakat. Hahahahaha............ bukan susah pun...main campak campak aje.
.
Pagi aku layan dulu cerita Butch Cassidy and Sundance Kid. Cerita lama dan dah lupa jalan cerita. Selesai menonton movie aku terus ke dapur aku yang sekangkang kera tu dan terus masak. Dapur cuma ada satu jadi kena banyak bersabar. Pertama aku kupas potatoes and potong kecil kecil dan aku repus bersama dengan ikan bilis. Bila dah masak dan sebati aku campur aje sambal nasi lemak. Waduh...sedapnye..... Ayam pula aku goreng bersama dengan corriander powder and cumin powder lepas tu aku buat masak kicap berempah. Waduh...sedapnye..... Sapa lagi nak puji kalau bukan diri aku kan. Aku ambil semangkuk sambal ikan bilis aku kasi pada Lan Bangla. Dia kata sedap bila makan dengan ikan masin jeruk.
.
Untuk minggu ni aku stop dulu masak sebab malas nak kemas dapur lagi kecuali benda yang simple simple dan barang yang aku nak habiskan stok.

Comments

Popular posts from this blog