Abandonned And Forgotten

Bukan senang untuk hidup dalam suasana perang. Perasaan takut, panik dan segala perasaan tak selamat menyelubungi diri. Bila berlaku sesuatu peperangan tak ada siapa yang untung. Oleh kerana untuk memenuhi nafsu untuk terus berkuasa atau bertahta rakyat menjadi mangsa. Anak akan kehilangan ibu bapa. Anak akan menjadi yatim piatu. Kanak kanak dan wanita akan lebih terdedah kepada keganasan manusia. kejadiaan rogol akan berlaku di sana sini bukan sahaja keatas wanita tetapi terjadi juga pada kanak kanak.
.
Cuba kita bayangkan kehidupan kita yang cukup sempurna. memiliki keluarga yang harmoni. Memiliki rumah yang mewah dan ladang ternak serta tanaman ladang yang berhasil. Tetapi di sebabkan peperangan semuanya hancur berderai. Harta kita bukan lagi milik kita. Harta kita telah berpindah hak milik. Yang paling sayu apabila tiada lagi tempat untuk mengadu dan hidup merempat memohon belas ehsan dari golongan manusia yang terlalu berbeza.
.
Kalau korang ada masa cuba lah baca buku diatas. Memang sayu apabila impian yang kita bina berkecai dengan sekelip mata. Bagaimana peritnya melayari hidup sebatang kara yang belum tentu dapat celik mata kembali pada keesokan harinya. Bagi aku, perang ni adalah terangnya kedurjanaan manusia sendiri. Hari ini jiran di sebelah boleh menjadi kawan. Tetapi belum tentu dia dapat menjadi seorang sahabat yang setia pada esok hati. Rambut manusia sama warna. Boleh di pandang dan di rasai. Tapi hati manusia lain lain. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Comments

Popular posts from this blog