Jom Ke Trengganu
Balik ni mahu tak mahu aku kena juga pergi ke Trengganu untuk hantar anak aku register ke UITM. Mulanya aku terpaksa balik awal tapi aku rasa sangat bersalah kalau aku balik awal. Mulanya nak suruh pak mertua aku saja yang menghantar. Sekarang aku dah extend stay aku and aku sendiri akan hantar anak aku ke sana.
.
Sekarang aku ada plan baru untuk ke sana. Aku akan bertolak awal sebelum hari registration untuk cuti cuti Malaysia. Aku akan book hotel di Kuala Trengganu selama dua hari. Aku akan bertolak dari rumah pada hari Khamis pagi. Bila sampai Kemaman aku akan ziarah my friend dulu. Lepas tu terus ke Kuala Trengganu. Hotel nanti minta tolong Abe book kan. Aku akan ambil kesempatan untuk menziarahi anak aruah kawan aku yang dah yatim piatu. Kalau ada masa lagi mungkin nak bersantai ke pulau. Chiwah.......
.
Sebenarnya aku dah lama tak ke Kuala Trengganu. Rasa first time ke sana lima belas tahun yang lalu. Member member aku selalu perli aku. Depa kata tempat jauh keliling dunia aku boleh pergi. Tapi tempat dekan mata pun tak sampai sampai. Hehehehe..... Mak aku pun selalu perli aku macam ni..." Hang tu raja palembang hang boleh beli, tapi jam dinding pun hang tak mampu nak beli".... Heheheh....mak aku selalu complain sebab bila dok kat diner hall aku tak ada jam...
Comments