Kaka Lapar

Kaka a.k.a Putih adalah kucing kesayangan bagi seluruh penduduk kem. Waktu makan kalau Kaka datang sesiapa sahaja akan sediakan susu untuk dia. Dia memang suka minum susu. Lauk yang kami makan, lauk itu jugalah yang Kaka akan makan. Tapi taste dia lain sikit. Taste Turk atau Russian. Sebab masakan di sini taste Malaysia jadi dia kena sesuaikan selera dia ala Malaysia. Kadang dia enggan makan dan kami terpaksa basuh barulah dia makan. Kalau daging di masak sup atau panggang baru dia makan. Kalau lauk yang berempah dia tak berselera.
.
Petang semalam aku lihat hidung Kaka luka. Aku tak tahu kenapa. Mungkin terkena apa apa atau orang cederakan dia. Kasihan. Aku tahu dia sakit dan lapar. Tambahan pula semalam cuaca tiba tiba sahaja menjadi sejuk. Angin bertiup menderu dari utara ke selatan. Dengan cuaca begini pastinya Kaka tak selesa. Aku ke surau sebab setiap malam Jumaat ada bacaan yasin. Bukan apabila baca yasin sahaja nak jenguk surau, tapi tiap waktu. Aku melangkah perlahan ke surau. Aku lihat Kaka menuju ke arah aku sambil meowing. Aku tahu dia lapar. Aku ajak dia masuk ke surau dan tunggu di belakang sementara menunggu aku habis sembahyang dan baca yasin. Aku lihat dia tidur di belakang dan suhu di dalam surau membuatkan dia rasa sedikit selesa.
.
Setelah selesai majlis yasin aku ajak Kaka ke bilik untuk diner. Makanan Zara masih banyak yang tertinggal. Kaka dengan setia mengikut langkah aku menuju kebilik. Buka pintu sahaja terus dia meluru ke dalam sambil mencari makanan yang aku simpan di dalam kotak. Terus aku masukkan makanan ke dalam mangkuk dan dengan rakus Kaka habiskan makanan. Aku tambah lagi. Aku tahu dia lapar. Aku perhatikan dia sambil aku habiskan novel aku yang ketiga. Selesai makan terus dia ke katil aku untuk berehat seketika sebelum meminta izin untuk berundur diri.
.
Kaka dan aku tiada bezanya. Sama sama perlukan makanan dan tempat tinggal. Aku cuba memahami keadaan Kaka. Tapi aku juga terfikir adalah lebih mulia menjadi Kaka kerana hisap akhirat tiada di dalam kerisauan and fikiran Kaka. Tapi bagi manusia seperti aku ini perlu hadapi hari pengadilan dengan bukti yang kukuh........apakah nasib aku di sana nanti....

Comments

PAKDIN said…
Salam. Pegi sana tu pi keja ka atau pi jln2 enjoyyyy....

Popular posts from this blog