Wild Horses
Inilah aku...hehehehe...alamak tersilap la...patutnya pakai topi koboi barulah kena dan bergaya skit. Baru nampak macam the wild wild west kan.
Sekumpulan kuda kuda....
Sekumpulan kuda kuda....
.
Dulu masa kecil kecil cerita The High Chapparal and The Wild Wild West sangat popular dengan pekan koboi, sherifs, bandits, cactii dan banyak lagi. Lepas tu nampak banyak kuda kuda liar dan bagaimana koboi koboi menunggang kuda. Rasa macam best saja. Bila cerita perihal naik kuda pula, aku pernah experience sekali masa aku di asisgn buat engineering di UK. Masa tu boss aku ajak begi naik kuda. Aku ingat senang aje ...a piece of cake. So aku pun setuju ikut. Saiz kuda di beri ikut berat badan. Jadi bila aku sampai di stable, aku di beri seekor kuda yang mak datuk tinggi nye. Gerun aku di buatnya. Nak naik kena letak batu bata untuk izinkan aku melangkah ke pelan. So trainer tu pun bawa masuk the wood and galloping lah kuda tu. Masyaallah rasa macam nak terjatuh jatuh. Tersenget senget badan aku. Sepanjang perjalanan aku rasa nak benti aje. Tongkeng aku pula rasa di hentak hentak di belakang tulang belakang kuda..
.
Besok tu aku balik ke Mesia terus demam dan sakit tongkeng dan pinggang aku hanya tuhan yang tahu. Masa tu rasa macam taubat nak tunggang kuda lagi. Inilah pengajaran berguna untuk aku.....Sebelum tu member aku dah minta maaf awal awal lagi refuse to ride the horse...... dia kata dia dah pernah sakit pinggnag yg azab sebab tunggang kuda.
.
Kuda kuda sini aku kurang pasti liar atau bertuan. Tapi di lepas negitu sahaja...bebas. Untuk ambil gambar lebih dekat aku suruh driver berhenti dan aku terus maju ke kumpulan kuda kuda tersebut. Inilah rempah ratus hidup di sini. Sapa kata tak best....besttttttt......tapi kena pandailah ceriakan diri sendiri...
Comments