Dalam keadaan musim bunga mungkin kurang mencabar. Tapi apa bila tiba waktu musim panas atau sejuk kerja kerja mengembala menjadi lebih mencabar dlm kesejukan dan di bawah mentari terik. Tambahan pula perlu di bawa ke oasis untuk minum air yang agak jauh dari kawasan ini. Bila aku banding kan suasana pemgembala di sini dan di Sudan rasanya di Suadan lebih mencabar. Setiap pengembala di Sudan walaupun di dalam umur belasan tahun tetapi mereka bertongkat kan senapang AK-45. Lain dengan budak budak ini hanya bertongkatkan kayu seperti Nabi Musa yang mana tongkat tersebut telah menjadi satu mukjizat istimewa.
Dengan bilangan biri biri dan kambing yang banyak ini aku menjadi hairan seketika. Bebudak ini tahukah berapa jumlah kambing dan biri biri yang mereka ada? Adakah mereka membilangnya setiap hari dengan berbagai saiz dan warna. Aku sendiri pun tak termampu nak menghitung dan pastinya untuk megira binatang binatang ini sahaja satu perkara yang cukup membingungkan. Dunia ini Allah jadi kan untuk kita bercucuk tanam dan di akhiratlah tempat yang sebenar yang menjanjikan susah dan senang yang sebenar-benarnya.
Comments