A Young Shepherd
Pagi tadi aku ke bandar. Dalam perjalanan tu ada banyak kambing dan biri biri melintas jalan. Driver aku perlahankan Fortuner. Aku terus suruh dia berhenti untuk aku ambil gambar. Aku lihat ada dua orang budak lelaki sebaya anak aku sedang mengembala kambing. Hmmm...rajin untuk membantu ibu dan ayah. Atau mereka kerja untuk seseorang bagi meringankan beban keluarga atau untuk belanja sekolah. Kalau aku bandingkan dengan anak anak aku, mahu kah mereka melakukan kerja sebegini. Entahlah..... Aku sendiri pun tak biasa bagaimana pula dengan anak anak aku. Aku sempat memanggil anak ini untuk bergambar dan wajhnya menggariskan seribu makna kehidupan.
Menjadi pengembala adalah satu kerja yang mulia. Kerja yang mengajar erti kesabaran dan pengorbanan. Semua nabi sebelum di angkat menjadi rasul atau nabi adalah seorang pengembala. Semua ada tercatat di dalam resume para nabi nabi. Bukan senang untuk mengawal seluruh kambing kambing. Kalau tak pandai silap hari bulan akan di makan serigala.

Dalam keadaan musim bunga mungkin kurang mencabar. Tapi apa bila tiba waktu musim panas atau sejuk kerja kerja mengembala menjadi lebih mencabar dlm kesejukan dan di bawah mentari terik. Tambahan pula perlu di bawa ke oasis untuk minum air yang agak jauh dari kawasan ini. Bila aku banding kan suasana pemgembala di sini dan di Sudan rasanya di Suadan lebih mencabar. Setiap pengembala di Sudan walaupun di dalam umur belasan tahun tetapi mereka bertongkat kan senapang AK-45. Lain dengan budak budak ini hanya bertongkatkan kayu seperti Nabi Musa yang mana tongkat tersebut telah menjadi satu mukjizat istimewa.

Dengan bilangan biri biri dan kambing yang banyak ini aku menjadi hairan seketika. Bebudak ini tahukah berapa jumlah kambing dan biri biri yang mereka ada? Adakah mereka membilangnya setiap hari dengan berbagai saiz dan warna. Aku sendiri pun tak termampu nak menghitung dan pastinya untuk megira binatang binatang ini sahaja satu perkara yang cukup membingungkan. Dunia ini Allah jadi kan untuk kita bercucuk tanam dan di akhiratlah tempat yang sebenar yang menjanjikan susah dan senang yang sebenar-benarnya.

Comments

Mohamad said…
kau belajar la kat budak tu cam ne cara2 mengembala kambing.. nanti aku boring2 aku buka ladang kambing je la kat malaysia ni..
Abu Ikhlas said…
mat..kita buka cara moden la...mana nak kejar kambing tu nanti...macam ko kejar ayam masa kenduri kawin aku tu...hehehehe...ingat tak...

Popular posts from this blog