Anybody To Follow Me To London


Entah tetiba saja aku jadi rindu sangat nak ke London. Dah lama aku tak pergi. Kalau tak silap my last trip was in 1999. Itu pun pergi sebab atas urusan kerja. Kalau di hitung sekarang ni sudah 10 tahun yang lalu. Aku rasa aku masih lagi ingat lorong lorang dan ceruk ceruk sebab aku masih yakin yang kota London masih tidak berubah. Cuma diamond building itu saja aku rasa suatu yang baru.
.
Aku nampak Sham online hari ini. Aku jumpa dia di Dubai. Masa tu dia masih kerja dengan Peremba dan kebetulan dia serumah dengan Pak Din. Dia lah yang layak aku masa last trip from sudan waktu demob from project. Aku sewa kereta dan dialah yang bawa aku dan Pakdin pusing satu Dubai dan aku shopping macam nak rak. Sekarang Sham dah tinggal di London dan bekerja dengan consultant kat London. Aku terus buzz dia dan beri salam. Dia terus jawap salam aku. Terus aku tanya dia kalau aku ke London boleh ke tumpang bermalam di rumahnya. Dia kalata boleh aje. Kalau nak tinggal di rumah Sham senang sebab dia masih bujang. AKu kata nantilh aku fkirkan.
.
Kemudaian aku buzz Azam tanya pasal tiket ke London dari Ashgabat. Azam kata kalau naik Turkmen Air murah aje, baru USD600 saja. Dia kata klau aku nak pergi dia nak ikut dengan wife dia. Aku kata nanti dulu sebab aku tak pasti cuma baru nak plan. ıtu pun depend kalau member2 aku kat London free.
.
Plan kalau nak pergi pada hari raya haji nanti sebab ada cuti dua hari. Lepass tu ada cuti lagi iaitu Neutrality Day on the 12th. So boleh direct cuti kalau mahu. Tapi bagaimana ya??? Dulu masa student aku tak jalan sangat sebab pertama tu duit kurang seperti hıdup seorang miskin. Maklumlah belajar di Kota London dan yang keduanya sebab aku study untuk balik Mesia secepat mungkin. Masa tu manalah ada internet dan cheap call. Semuanya mahal2. Sekali call reverse charge kopak mak aku nak bayar. Kalau rindu kat mak dan kampung doa ajelah moga moga boleh bertemu dalam mimpi.
.
Tapi, kalau aku pergi ke London yang sekejap aje tak sampai 5 hari nak buat ape...bunag duit aku aje kan. nengoklah mana tau tidur malam nanti dapat ilham yang bagus. Ohh... lagi satu nak jumpa member dan classmate aku Khurshed Ahmad, Pakistani British yang satu kelas dulu. Dengar cerita anak anak dara pun dah besar besar.....Insyaallah kalau di izin Allah jumpa lah nanti. Dan tak lupa member aku Javed yang nikah dengan orang Muar yang masih tinggal di Blackburn tempat yang aku suka pegi beli kasut Clark tu................ Apa apa pun aku masih mencari kawan aku Joseph, dimanakah dia berada sekarng dan dah puas aku tanya dalam alumni university tapi tak ada balasan lagi pun.

Comments

Ghazali said…
Abu Ikhlas;

Yesss .. Nak ikut hehehehehee

Insya Allah, aku dan family akan ke UK/Paris pada bulan 7 nih ....

Insya Allah ... doakan agar ianya menjadi kenyataan ...
Abu Ikhlas said…
ok aku doakan ko dapat ke London lagi...tapi aku rasa buat masa ni kensel dulu lah....kena plan semula lah...

Popular posts from this blog