The Oldies


Dua hari lepas aku sibuk untuk klasifikasi kan lagu lagu dlm koleksi untuk aku simpan dalam library. Mula tu nak klass kan lagu rock tapi ku rasa eloklah aku buat untuk lagu lagu oldies dulu dari tahun 50an, 60an, 70an and 80an. Aku belek belek semua lagu tu balik dan masih terngiang ngiang lagi lagu semua tu masa aku kecil2 lagi. Kebanyakan lagu lagu tu aku di introducekn oleh my sister. Jadi masa aku di sekolah rendah lagi aku dah pandai dan biasa dengar lagu orang putih.
.
Kalau tak silap aku antara lagu lama yang aku suka sekali ialah lagu waterloo from ABBA. Lagu ni memang dah lam tapi masih fresh kalau dengar. Lepas tu aku dengar pula lagu Billy Dont Be a Hero and Sugar, Sugar. Seronok dengar. Kalau dalam bilik dok sorang sorang boleh nak menari gitu. Tapi aku tak le manari. Nanti kalau bilik gegar kena fitnah plak aku dok buat apa dalam bilik sorang sorang.
.
Bila aku dah dlam darjah lima dan enam aku dah kenal kumpulan stylistic yang famous dengan Can't Give You Anything (But My Love) . Masa tu aku ingat lagi aku suruh member perempuan aku beli untuk aku keset (masa tu CD manalah ada kan) di Sungai Petani dengan harga RM5.00. Bukan orilah tapi cetak rompak. Tapi masa tu lagu yang aku paling suka adalah lagu Dont Give Up On Us Baby by David Soul yang berlakon cerita Starsky and Hutch. Sekarang ni pun aku dok dengar lagu ni. Very catchy and best.
.
Tapi kalau nak compare lagu lagu dulu tu pastinya album group ABBA yang paling best sebab all the songs are well composed tapi cuma lagunya more to duet or choir type. Anyway aku masih suka lagu lagu mereka sampai ke hari ini.
.
Yang pastinya lagu lagu oldies ni banyak mengingatkan lagi kenangan manis semasa aku masih kanak kanak. Aku boleh ingat lagi setiap event pada kali pertama aku dengar lagu lagu tersebut. Masa berjalan begitu pantas. Rupa rupa trend music and songs berubah mengikut zaman and aku rasa sekarang ni susah sangat nak cari lagu lagu sentimental yang very soothing, beautiful macam lagu lagu sentimental Lionel Richie and apabila aku ingat saja lagu Ballerina Girl aku teringat waktu student di London, aku memandang ke luar melalui tingkap yang mana salji melayang layang jatuh perlahan layan menyembah bumi.

Comments

Popular posts from this blog