Two Cute Little Girl



Masa aku sibuk mencari lembu untuk korban hari raya, aku ternampak dua budak kembar ni sedang bermain. Aku dengan tersenyum kepada mereka terus mengambil gambar. Tanpa apa apa bicara, mereka terus tersenyum pada aku dan aku pun membalas senyuman mereka tadi. Bila aku lihat anak gadis comel ni aku terus terngatkan anak anak perempuan aku yang masih kecil, terutamanya Saffiya Nur Shahadah.
.
Pagi tadi tiba tiba ttalipon di ofis aku berdering. Seperti biasa aku dah agak mesti anak aku yang talipon. Samaada İkhlas atau pun Shahadah. Aku terus menjawap dan berkata hello. Tiba tiba terdengar suara lembut dan sopan. Rupanya anak aku Shahadah yang talipon. Dia beritahu bahawa duit yang di telan telah keluar semasa dia ke toilet pada pagi ini. Kedengaran dia riang sekali dan aku pun terus bersyukur ucapkan alhamdulillah. Yang pasti, dia tak akan berani lagi memasukkan sebarangan benda kedalam mulutnya lagi. Apa apa pun aku harap kerisauan yang melanda diri aku dan wife aku ni akan terus berkurangan. Semogal Allah taala memberi kami kekuatan untuk teruskan hidup di dunia yang penuh cabaran.

Comments

Popular posts from this blog