Jom Rehat dan Minum Dulu
Oleh kerana cuaca di luar sejuk sangat dan seluruh anggota badan aku dah nak beku eloklah aku ke restoran dan kena secawan black coffee dulu. Rasanya tak sanggup lagi nak jalan jalan. Aku lepak lama juga seorang diri. Aku tahu nanti datang lah member lain untuk minum bersama. Mulanya aku ingat Pak Amir ada di situ, rupanya dia sudah berda di kereta. Setelah beberpa ketika muncul lah Looi yang mulut becok macam Chef Wan dan Thomas yang muka macam Chef Wan tu. Lepas tu ramai lagi yang datang dengan menjinjing beg penuh di tangan. Tahu sajalah kalau dah keluar town tu macam macam nak di beli kan.
.
Aku pun sempat juga beli pokok kaktus yang baru. Untuk pengtahuan rakan blog sekalian, pokok kaktus lama tu dah lama mati dah punah di kerjakan oleh Bobo dan Romario. Aku harap kali ini dapatlah kaktus aku ni bertahan lama.
Comments