Happy Birthday Safwan


Hari ini 16 haribulan November, 2008 maka genaplah umur Safwan 15 tahun. pada hari ini Ba ingin mengambil kesempatan untuk ucapkan selamat harijadi semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki. Harapan Ba dan Umi juga agar Wan akan menjadi anak yang soleh taat kepada kedua ibubapa dan bertanggungjawap.
.
Dari semua anak anak Ba yang lain, Wan adalah anak Ba yang paling unik sekali. Wan nak tahu ke mengapa Ba kata unik? Mungkin Wan dah tahu. Tak apa nanti bila Ba balik, Ba akan ceritakan satu persatu. Kalau Ba karangkan di blog ni mesti kelakar bila sesiapa baca. Tak apa sebab Ba memang arif sangat dengan syndrom anak ke dua.
.
Umi kata nk raikan harijadi Wan bersama dengan Hadi. Eloklah tu dan boleh Wan atau Umi bacakan doa selamat untuk Wan. Seperti anak anak Ba yang lain, tak ada apa yang Ba nak coretkan di sini lagi sebab perkara ang sama Ba akan terus ingatkan. Semoga pesanan dan nasihat Ba itu akan terus kekal abadi di dalam jiwa Wan dan anggaplah murtiara kata dari Ba sebagai azimat dan cabaran di masa akan datang.
.
Sempena cuti seklah juga Ba ingin berpesan sekali lagi agar pandai manafaatkan masa dengan sebaik mungkin dan melakukan perkara yang berfaedah. Dikesempatan ini juga Wan juga boleh bantu Umi untuk meringankan kerja Umi di rumah.
.
Akhir kata dari Ba, jagalah diri baik baik dan jangan lupa baca Quran setiap hari dan semoga Wan akan di anugerahkan keputusan PMR dengan cemerlang nanti oleh Allah taala.
.
Love,
Ba

Comments

Popular posts from this blog