Ziarah Kematian
.
Rupanya driver bagi tahu bahawa jenazah akan di kebumikan pada pukul 3. Jadi eloklah kami tangguh dulu rancangan ziarah ni dan arrange lain lepas zohor. Aku ajak Haji Hisham dan Saleh untuk ikut sekali. Ingat dihati untuk sama sama solat jenazah. Jadi wuduk sembahyang zohor aku ni kena lah tahan sehingga selesai sembahyang jenazah. kalau nak ambil wuduk semula pastinya air sejuk beno dan kalau nasib tak baik air pun tak ada. Jadi aku kata kat Haji kita tahan ajelah dan kalau nak terbatal nasiblah.
.
Kami sampai tepat pada pkul 3 petang. Masa tu adalah dalam dua puluh orang lelaki tua sedang berkumpul di halaman rumah. Kami memberi saam dan terus di jemput duduk di meja panjang yang telah siap di atur. Kalau tak silap aku jenazah masih ada di atas rumah. Sementara tu terdengar suara orang berzanji tau entah ape aku pun tak pasti. Sebab bunyi orang baca alquran pun tak juga. Aku terdiam dan cuma perhatikan sahaja di sekeliling. Kami terus di jamu dengan tea pekat. Eloklah untuk panaskan badan sebab cuaca makin dingin di tambah dengan tiupan angin pula. Kemudian tiba lah seorang seperti iman kot datang dan terus berselawat, membaca alfatıhah dan surah Alikhlas. Rupanya setiap kali orng datang dan duduk di meja panjang ni terus di sambut denganbacaan demikian.
.
orang semakin ramai datang. Dalam masa setengah jam aku terus tanya seorng ofis mate bila jenazah akan di kebumikan. Mereka kata pada pukul 4 petang. Niat di hati memang nak ikut sertai sembahyang jemaah dan ke kubur. Tpi rasa masa dah lewat dan kami masih belum asar. Aku tanya lagi ofis mate aku sembahyang jenazah nak buat kat mana. Mereka seperti hairan bila aku sebut sembahyang jenazah. Aku pun hairan bila lihat mereka kehairanan. Mereka kata cuma doa dan terus kebumi mayat. Ya allah betul ke begini atau mereka memang jahil bab fekah sebegini. Buat seketika aku jadi keliru dan termenung sebentar mengenangkan jawapan mereka tadi. Maish terngiang2 lagi kedengaran di telinga aku....betul ke......
Comments