Hamdan - All the Best and Good Bye

.
Aku kenal Hamdan sejak tahun 1998 semasa projek MMR di Bintulu. Kerjanya bagus dan teliti dan bila bekerja memang penuh disiplin dan didikasi. Nak buat macam mana kontrak kerja dah di tamatkan di sini maka dia kena balik Malaysia. Aku tak nafikan ada banyak benda yang aku sendiri belajar dari dia. So aku nak ucapkan berbanyak banyak terima kasih. Hamdan kalau buat kerja memang tegas dan jelas. Tak ada kona kona. Tapi di luar kerja dia adalah manusia biasa seperti saya dan tuan tuan semua.
.
Kalau nak ada kendurş kendara dialah orang yang paling sibuk nak uruskan. Boleh kata ketua chef lah. Sana sini orang panggil dia untuk masak. Aku kalau masak sendiri oklah kalau nak masak kenduri kendara memang malas. Sekarang Hamdan dah tak ada jadi hilang lah tukang masak kita. Nampaknya Puad lah kena take charge pulak.
.
Untuk kesempatan ini aku nak ucapkan berbanyak terima kasih atas segala bantuan yang hang berikan pada aku sepanjang aku di sini dan minta maaf bebanyak kalau ada perkataan dan perbuatan yang menyakitkan hati hang. Akhir kata, selamat jalan dan selamat maju jaya semoga Allah murahkan rezeki dan berkati rezeki yang Dia anugerahkan untuk hang. Semoga bahagia di samping keluarga tercinta untuk di dunia dan akhirat.
Salam,
Aku, Abuikhlas...
Comments