Utusan Khas Untuk Hadi


Inilah anak aku yang bernama Muhammad Nur Hadi. Bertubuh kecil dan comel. Kalau orang lihat ramai yang tak sangka dia sudah berumur 12 tahun. Tahun depan akan masuk tingkatan satu. Macam tak percaya pulak aku. Mahu tak mahu kena juga percaya sememangnya masa berlalu begitu pantas. Minggu depan keputusan UPSR akan di umumkan and aku pun tak lah mengharap keputusan yang cemerlang sebab aku tahu tahap keupayaan dia. Aku selalu cakap pada anak anak aku bahawa keputusan yang kita dapat bergantung kepada usaha jerih yang kita lakukan. Kalau rajin oklah tapi kalau malas rugilah. Walau bagimana pun Ba tetap doakan kejayan Hadi. Kejayaan Hadi adalah kejayaan Ba dan keluarga juga.
.
Minggu depan juga pada 14 Nov adalah harijadi Hadi dan untuk itu aku ingin ambil kesempatan untuk ucapkan selamat hari lahir yang ke 12. Semoga di panjangkan umur dan lebih memahami apakah erti kehidupan ini. Yang pasti hidup ini bukanya kejayaan di dunia sahaja tetapi kejayaan akhirat lagi teramat penting yang pastikan kejayaan yang kekal abadi.
.
Ba juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Hadi kerana bertungkus lumus menolong umi untuk mengasuh dan menjaya Yusuff tanpa jemu. Ba tahu Hadi adalah anak yang baik dan semoga segala kebaikan Hadi akan Allah ganjarkan syurga yang kekal abadi.

Comments

Popular posts from this blog