Bersyukurkah Kita??


"Dan (ingatlah juga), tatkala tuhanmu memaklumkan; Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesunggunya azab Ku amat pedih" (QS Ibrahim:7)
.
Bukan senang untuk mendapat sifat bersyukur. Manusia hanya ingat untuk bersyukur apabila dalam keadaan sempit atau susah dan manusia lupa untuk beryukur dalam keadaan senang dan lapang. Bagaimana kita kata kita besyukur selayaknya tetapi mulut dan hati masih komplen dan mengomel. Contohilah amalan Rasullallah s.a.w. Apabila Rasullallah tidak suka sesuatu makanan beliau akan bingkas bangun tanpa mengomel dan komen tentang mutu atau qualiti makanan tersebut.
.
Marilah kita sama sama muhasabah diri kita supaya kita menjadi insan yang reda dan bersabarlah dengan ujian yang datang. Hidup hanya sementara. Dari tanah kita datang dan tanah juga kita akan akhiri. Segala harta dunia akan di tinggalkan walau setinggi gunung Everest. Iman dan amal soleh sahaja yang di bawa bersama bertemu dengan Allah Azawajallah.

Comments

SkiD said…
Tu la, biasanya syukur ni, hati dan mulut biasanya tak sama. Senang ucap syukur, tapi hati yg bersyukur tu yg payah...

Popular posts from this blog