Anak Saudara Aku Bertunang Semalam anak saudara lelaki aku bertunang. kalau orang putih kata 'nephew' aku bertunang atau engage. Kebetulan bertunang dengan orang Balik Pulau, kampung ayah aku. Selidik punya selidik rupanya bakal mertua dia tu seorang guru yang pernah mengajar di Gurun, tempat aku membesar sampai sekarang. Orang utara kata pi mai pi mai tang tu jugak. . Paksu minta maaf sebab tak berkesempatan untuk pergi meminang. kalau Paksu ada mesti paksu jadi tekong untuk berbicara. Hehehehe....mesti gamat majlis di buatnya. Tapi Pakngah dah ada jadi wakil kira cantiklah tu. Kenduri bila nak buat? Tak payah lah tunggu Paksu kalau masa tak mengizinkan. Benda baik elok di segerakan. Tapi Paksu dah kasi kat Tok untuk beri kat Mizi duit maskawin tu. Kira Paksu sponsor lah tu. Nanti nak nikah Paksu sponsor dua pasang baju melayu seperti yang di janji. Tapi sampin cari sendiri ye...sebab bukan dalam perjanjian. Warna kira Paksu pilihkan ok tak....mesti glamor punya. . Buat masa n...
Posts
Showing posts from February, 2010
- Get link
- X
- Other Apps
Cerita Bazar Lagi . Harap korang tak boring bila aku cerite ke bazar. Sebab pi mai pi mai tang tu jugak. Sebenarnya aku memang malas sangat nak ke bazar. Tapi bila aku makan kat kantin tetiba Chef nak ke sana aku pun tumpang sekaki. Malas ke bazar sebab mesti habis masa kurang kurang 3 jam. Pergi balik dah la 1jam setengah. Lepas tu nak shopping itu ini dah sejam lebih lagi. Kalau dok bilik macam macam boleh buat. Nak pesan kat member pun ala kadar aje. Jadi keluar jugak lah untuk bahagiakan diri sendiri. Banyak benda yang aku beli tapi bawah adalah gambar gambar terpilih yang aku nak cerita. Since aku nak balik dua minggu lagi, aku rasa ole ole kali ni aku akan beli kopiah sini nak sedekah pada jiran jiran kat umah. Satu nak kasi kat blogger yg dok kat umah aku tapi tak pernah kenal iaitu TAGAS atau Skid. Kalau hang berkenan aku kasilah satu. Kalu tak nak aku kasi kat orang lain. Ada lima semuanya. Empat lagi nanti aku fikirkan nak kasi pada siapa. Ko[iah ni singkat sikit kena pakai k...
- Get link
- X
- Other Apps
Chatukchak Market Dua minggu lasgi aku nak balik kampung. Rasa memang dah tak sabar. Aku teramat rindu untuk jumpa keluarga aku dan juga member member. Banyak cerita yang nak di kongsi bersama. Banyak benda yang nak di kasi dan banyak benda yang perlu di uruskan. Hatta banyak program yang di atur perlu di rancang dengan sempurna. . Tapi, kali ni aku nak stop over kat Bangkok for few hours. Aku nak ronda ronda dan nak shopping shopping. Aku nak spend duit untuk beli barang barang dan cenderamata. Sambil tu nak ambil fresh air of Bangkok. Most of the time nak spend masa di Chatukchak Market. Aku tak pernah lagi ke sini tapi dah dengar banyak cerita yang tercipta. Perkara pertama aku nak cari original Thai Silk untuk baru raya anak anak dara aku dan Isteri. hahahahaha...... Keduanya aku nak cari benih benih pokok yang exotic untuk aku tanam walau ruang taman di rumah sekangkang semut. . Rasanya dua minggu adalah jarak masa yang lama harus aku menuggu. Biarkan, aku tetap menghitung hari d...
- Get link
- X
- Other Apps
Lagi Berita Kematian Tadi sedang aku dok browsing internet tetiba member aku buzz. Dia kata ada berita terkini. Aku tanya lagi berita apa. Dia kata ada kematian. Rupanya ada orang Malaysia meninggal. Innalilla........ Begini lah hidup manusia. Datang dan pergi bersilih ganti. Yang pasti semua orang akan merasai mati. Ini adalah kali kedua melibatkan kematian di sini. Dengar cerita nya kematian itu di sebakan oleh kebocoran gas di rumah. Walau bagaimanapun kita doakan supaya arwah akan di tempatkan bersama sama dengan orang yang soleh. Aku sendiri kurang pasti dan kenal siapakah arwah.
- Get link
- X
- Other Apps
Apa Dah Jadi??? Lately ramai orang cite sana sini gomen tak ada duit. Kadang nak percaya pun susah sebab tak transparen. Rasa macam gomen sembunyi masalah ni. Aku ada call adik angkat aku baru ni dan dia kata dah tak outstation dah sebab gomen cut budget. Lepas tu terima email beritahu minyak nak naik ke tahap RM3.80 se liter. Kalau macam ni lah cerita aku rasa tahap hidup rakyat miskin akan terus tertekan dan meningkat. Ramai orang membujang tak mampu nak kahwin. Silap silap peratus perceraian pun meningkat sebab hidup stress sebab harga barang akan melambung dengan tinggi. Kira semua lah naik mencacak. Lepas tu gomen boleh jawap , Malaysia still termurah berbanding dengan negera lain. Siap keluar statistik lagi. . Lately aku pun pelik, apsal anak dara aku yg kat boarding school tu dua minggu sekali kena balik. Kadang tiap tiap minggu. Penat wife aku nak mengambil. Rupanya sekolah tak ada duit nak kasi makan bebudak. Lebih kurang camtu lah. Aku rasa sekolah cam gini boleh tukar kepada...
- Get link
- X
- Other Apps
World War I & II Hari ni aku enjoy cite Save Private Ryan. Ni kali kedua aku nengok. Tapi tak habis baru separuh. Esok sambung balik. Sambil tu aku sibuk makan koci yang aku goreng satu periuk tadi. memang enjoy bila nengok movie sambil gidih koci. . Masa sekolah aku ada belajar sejarah pasal world war I & II tapi tak detail. Aku rasa masih samar samar lagi. Memang kita arif perkara utama orang berperang untuk mendapat kuasa. Tak kisah lah kuasa industri atau kuasa ekonomi. But end of the day yang menjadi mangsa adalah rakyat marhaen sendiri yang tidak berdosa. Yang paling azab adalah kanak kanak, wanita dan orang orang tua. Mereka inilah golongan yang terdedah dengan segala bahaya dan malapetaka sebab bersifat lemah. Aku dah muak dengar cerita perang ni. TV bilik aku ni ada berita Al jazeera. Lain cite tak ada. Semua cite pasal perang dan perselisihan faham sampai muak aku nengok and finally aku tak buka TV langsung. Baik layan internet and movie atau baca buku dan buat handy ...
- Get link
- X
- Other Apps
I Miss The Green Rindu sangat aku pada kehijauan. Aku betul betul rindu. Kalau korang nengok gambar di atas tu, inilah persekitaran pemandangan sekeliling tempat aku tinggal. memang tak ada pokok langsung. Semuanya bushy and kelabu. Sebab tu bila balik ke Malaysia aku rasa best sangat melihat pepohon yang hijau. Tambahan spring agak dua bulan lagi maka kehijauan memang di nanti nantikan. . So cuba korang andaikan betapa bosannya hidup tanpa kehijauan. So kalau nak juga lihat hijau aku kena pakai baju baju hijau lah atau aku kena banyak makan sayur kan...hahahahah. Mujurlah dalam bilik aku ada pokok lidah jin dan money plant untuk aku nikmati.
- Get link
- X
- Other Apps
Temujanji Dengan Member Member From time to time aku call member member rapat aku. Rindu pun ada juga sambil bertanyakan khabar. Ada yang lucu dan ada yang biasa biasa aje. Tanya pasal anak, kerja dan sebagainya. Aku called A : Bla..bla...bla... eh nanti kita jumpa. Balik calling2 ok... boleh kita makan makan sekali. Aku called B : Bla...bla..bla......lama tak jumpa...apa cite?? nanti balik meh umah aku tau... Aku called C: Bla...bla...bla....hang kat mana?? nanti balik call ye kita makan makan.... Aku called D: Bla.....bla...bla...... Apa cite..... nanti kita jumpa ok.......call aku tau... Pastu aku called E....aku called F...aku called G.....aku called H..... Sampailah ke Z aku called. Pendek kata aku call ramai member member aku and semua nak jumpa sangat sangat dengan aku. Maklumlah lama tak jumpa kan. Last last tau tak apa yang jadi????/ SORANG PUN AKU TAK JUMPA. Beginilah selalunya home leave aku. Banyak masa terluang di habiskan untuk isteri, anak anak and perkara perkara perib...
- Get link
- X
- Other Apps
Gulai Ikan Bawal Hari ini aku puas makan gulai ikan bawal. Siang siang lagi aku dah jek ikan bawal dari chef. Semalam ada capati so makan dengan gulai ikan memang sedap. Nampak gaya esok pagi breakfast di bilik saja lah. Sebenarnya nak buat gulai ikan ni senang aje kalau kena cara dia. Kira restoran Nasi Kandar Kayu ke ape ke boleh kalah kalau nak challenge dengan kari aku ni. Wei...jek skit. Sapa lagi nak puji diri kalau bukan diri sendiri kan. Oklah aku kasi resepi dan cara cara untuk ko orang cuba. kalau makan mesti berpeluh meleleh. Ok sedia ambil pen dan kertas..... Eh kan dah kasi resepi hari tuh....dah cuba ke?? Tu dia buku resepi dah penuh almari tapi satu pun belum termasak untuk hubby..... Eh jangsan lah macam tuh....nanti hubby cari kawan untuk kamu kan best...kwang...kwang...kwang.... Gurau gurau aje no....
- Get link
- X
- Other Apps
Surat Untuk Anak Anak Arwah Member Aku Surat aku dah siap karang. Insyaallah malam ni aku akan kirimkan kepada kawan aku untuk memberi kepada anak anak arwah. Aku tak pandai karang sangat. Harap surat yang ringkas ini dapat menyampaikan perasaan dan isi hati aku dan sedikit sebanyak dapat memberi kekuatan kepada anak anak arwah. Semoga anak anak arwah tabah menghadapi ujian dan dugaan dari Allah Taalah dan jadikan ujian ini sebagai satu semangat untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang mukmin yang bertakwa.
- Get link
- X
- Other Apps
Pernah Tak Kita Terfikir?? Cuba lihat gambar di atas. Mesti kita rasakan hebatnya manusia membina bangunan yang tertinggi di dunia tuh. Suatu hari bila kita berjalan jalan dan terpandang sebuah mahligai yang indah. Pasti diri kita berkata siapakah gerangan pemilik mahligai yang hebat itu. Sedang kita memantu kereta kancil yang dah semput tu tetiba kita di potong oleh sebuah kereta Mez model terbaru. Mesti kita terpegun dan tertanya tanya siapakah gerangan tuan yang empunya. Pastinya kita rasa ada kehebatan kepada orang yang empunya mahligai dan kereta tersebut. . Hari ini cuba kita beri masa selama 1 minit sahaja. Muka kita mendongak ke langit dan cuba kita berfikir...... Fikir apa???? Fikir betapa hebatnya Allah Taala yang menjadi kan langit tanpa sebatang tiang pun untuk menyokong. Hebatkan kekuasaan Allah itu. Hebat kan kerajaan Allah Taala. Tetapi mengapa kita masih lagi ragu ragu dengan kehebatan dan kekuasaan Allah? Sebab hati, jiwa, fikiran, tubuh dan nafsu masih sayangkan dunia...
- Get link
- X
- Other Apps
Tidur atau Tak Tidur Aku baru aje balik dari bazar. Barang yang di beli seperti biasa. Khasnya untuk aturcara masak memasak aku dalam minggu ni. Beli tepung, gula, corn and ada lagi benda benda lain. Corn t aku beli sebab nak buat jemput ikan bilis dengan jagung. Kalau makan memang best. Tambahan pula dari air tangan aku yang ajaib dan magic ni. Cincai macam mana pun sedap. Hheheheheh...puji skit. Tapi kalau korang tak pernah makan cuba lah buat jemput ikan bilis dengan pepper corn ni. memang best gile. Sekali makan nak lagi. . Aku balik dah pukul 1.15 petng. Pergi kantin ingat nak makan, tapi tetiba selera hilang. Entah kenapa aku pun tak tahu. Aku cuma makan sayur saja sampai orang kata aku vege. Tak apa lah. Balik bilik lepas kemas semua barang dan sembahyang zohor mata rasa layu aje. Alahai nak tidur ke tak..... Kalau tidur tentu bangun dekat pukul 5 petang. Kalau tak tido banyak benda aku boleh buat. Tak rugi rasa. Finally aku decided tak nak tido and update blog ni. Sat gi buatla...
- Get link
- X
- Other Apps
Betta Fish (Fighting Fish) When I was at home, from time to time I will introduce a new pet for my children. Hoping that they will show interest towards pet just like me when I was small. But everything was a failure since my children lost their interest along the way and end up I have to manage all those pets. Anyway, I never give up but keep on encourage them to have a passion for pet. The way I look at it, non of them ever show any serious interest. My children rather spend their long hours to watch TV, browsing the internet and playing electronic games. This is what we called modern era that people tend to be individualistic. . The above prologue reminds me to talk about my new interest to breed Betta fish. I have tried for several times but end up with casualties. I just wonder why won't I search in the internet on how to breed the Betta fish earlier. What I did was I put the male and female together in an aquarium and expect them to get acquaintance, mating and breeding. Haha...
- Get link
- X
- Other Apps
Aku Anak Polis Aku anak polis. Aku pernah di besarkan di berek polis. Masa tu jadi anak polis memang glamor. Naik bas kadang free. Bila aku berjalan dengan ayah aku semua orang panggil 'Tok'. Kira secara tak langsung aku pun jadi famos. Tapi bila aku dah besar ayah aku kata belajar pandai pandai and jangan sekali kali jadi polis walau terdesak untuk bekerja. Aku kurang mengerti apa maksud ayah aku. Tapi aku memang tak minat nak jadi polis pun. Ayah aku telah lama meninggalkan kami semasa aku masih tingkatan empat. Masa tu dia dah pencen. Ayah aku jadi polis sejak zaman seluar pendek. kalau seterika seluar tu boleh di kasi berdiri, sebab kain memang kena kanji dan keras. Nanti balik aku nak kena cari gambar ayah aku dengan uniform polis tuh. Nostalgia...nostalgia..... . Sebenarnya aku ada cerita lain juga berkenaan dengan polis. Satu ketika aku balik dari Kuantan ke KLIA. Masa aku tiba tu aku nampak queue untuk teksi memang panjang. Jam dah pukul 11.30 mlm. Kalau aku tunggu juga...
- Get link
- X
- Other Apps
Driving Lesson Lepas sahaja SPM aku terus suruh anak teruna aku ambil lesen kereta. Aku rasa senang untuk wife aku nak minta tolong bila dalam keadaan emergency. Aku di beritahu bahawa tarikh untuk test adalah pada pada 5th March depan. Itu pun setelah tukar driving school kepada yang baru. Kalau masih dengan driving school yang lama emtah bila lagi nak test. Bila call ade je alasan untuk tangguh. Lastly aku suruh anak aku tukar sekolah memandu aje. Nak bisnes tapi tak pandai jaga client. Aku harap anak aku ni dapat lesen sebelum aku balik ke Malaysia. . Bila cerita pasal memandu ni aku pun nak cerita skit pasal aku ambil lesen kereta. Masa tu aku masih bujang and tinggal di PJ Kawasan Melayu. Aku terpaksa ambil lesen dengan secara tiba tiba sebab aku dah ada program aku yang tight. Sebelum hari ujian memandu tu, aku punya instructor asyik kutuk aku je cara aku pandu. Dia kata kalau macam ni aku pandu mesti tak pas punya. Kebetulan dia seorang cina. Aku dah bengang and terus aku jawap....
- Get link
- X
- Other Apps
Sunflower Seed Sekarang aku dah tak beli yang di peket. Aku beli yang timbang aje kat pasar. Tapi yang di jual tu mentah so kenalah roast atas pan supaya rangup. Korang nak tau, koci nilah makanan rugi aku masa dok menuntun DVD atau movie. kalau tak ada koci rasa serba kekurangan bila menuntun movie. Semalam aku beli dua kilo, satu yang hitam kecil and satu kilo lagi seperti dalam gambar. Nak roast no hal sebab letak aje atas dapur and kacau pelan pelan for 30 minits siaplah dan ready untuk di gonyeh.
- Get link
- X
- Other Apps
Apa Aku Shopping Di Bazar Aku sebenarnya dah malas nak keluar ke bazar. Tambahan dengan weather yang sejuk gile below 0 degree. Baik berkurung dalam bilik dan berhabinasi lagi bagus dan banyak benda boleh selesaikan. Tapi aku gagahkan diri juga untuk ke sana sebab banyak benda yang aku nak beli. Ada beberapa yang aku shopping seperti berikut. 1. My bed lamp - dah kong and I got to get a new one. 2. bateri jam tangan dah kong and kena cari ganti. 3. Koci - yang menjadi makanan utama masa nengok movie pun kena beli. Sekali ni beli 2 kg sekali gus. 4. Bahan memasak yang lain 5. Heater - heater aku yg ada tetiba rosak and malam ahad tu aku tak boleh tido sampai pukul dua pagi. So cari additional heater. 6. Chocolate - dah habis and menjadi side dish aku masa baca novel. 7. Kayu canai - untuk aku nak buat capati atau karipap. nengoklah mana yang rajin. . Tapi yang aku teruja sangat adalah kayu canai aku tu. Entah bila aku nak buat capati entahlah. Tapi kalau ada member yang sanggup untuk b...
- Get link
- X
- Other Apps
Sejuknye...... Selepas saja habis snow suhu di sini sejuk gila. Boleh di katakan tiap tiap hari suhu dalam -2 to -11 celcius. Memang sejuk gile. Badan habis semua berbungkus. Kalau tidak rasa muka pun macam kebas kebas dah. Nak pegi site pun dah malas. Lagi pun orang pun tak leh nak buat keje sangat. Bila dah suhu terlampau sejuk heater dalam bilik pun malas aje nak berfungsi. Aiyooo... bekulah macam ni. . Heater kat bilik aku satu tu rasa macam dah kong. Tapi boleh tahan lagi lah sebab aku ada satu lagi heater kat bilik air. Heater dinding tu pulak cam mau tak mau aje berfungsi. Kalau temperature drop below -3 pun memang dah tiada heat. Ada angin aje. Mangkuk mana yang design entahlah. Spec letak bagus aje tapi tak berfungsi. Memang chap ayam. Bila balik bilik memang tension. Sejak semalam intenet pun mogok pulak. Masa aku dok taip ni adalah tapi lembab bangat. Memang dah torture tahap gaban ni. . Mujurlah ada hair dryer aku yang dulu aku guna untuk keringkan bulu Lia. Sekarang aku pa...
- Get link
- X
- Other Apps
Pilau Rice I cooked seafood pilau rice last night as shown in the picture above. It is not difficult to prepare as simple as ABC..hehehehe. What you can do is, prepare the spice for the curry. You can buy a ready made briani curry powder or use your talent to mix the spices to your own judgment. You fry the cinnamon, cardamon, cloves, ginger, garlic and sliced onion. Once they turned brown put the mix spices or briani powder and leave for few minutes until the aroma smell released. Pour water and meat or any selected seafood. Wait to boil and cooked. You also can add bay leaves if you have them. . Put basmati rice in the rice cooker and pour the curry inside. The amount of curry must be one and a quarter to the amount of basmati rice. You can use a cup or a bowl to measure. Please separate the curry from the meat/seafood from the curry. You can keep on heating the meat together with the remaining curry until it thickened or dried but not the seafood because they would easily become to...
- Get link
- X
- Other Apps
Aku Terima Berita Sedih...... Tadi aku dapat message dari anak saudara aku berbunyi begini melalui YM , "Paksu, Makcik Nailah meninggal dunia sebab breast cancer." Aku macam tak percaya saya. Jadi aku terus tanya lagi. " Maksudnya isteri aruah pakcik Wan Lokman ke?" Aku cuba dapat kepastian dari anak buah aku. Aku baharu sahaja plan untuk ziarah keluarga aruah kawan aku yang kini telah menetap di Kuala Terengganu. "Yelah......" Anak buah aku beri kepastian. Aku terus capai talipon dail no tel kakak aku untuk mengetahui berita yang lebih terperinci. Memang benarlah isteri aruah kawan aku telah kembali ke rahmatullah dan meninggalkan anak anak yang seramai lapan orang. . Aku terus talipon wife aku untuk menyampaikan berita sedih tersebut. Wife aku terperanjat dan dari suaranya aku dapat rasakan dia sedang menangis sebab berkongsi kesedihan. Wife aku kata kalau ada kelapangan eloklah ke Kuala Terengganu untuk menziarahi anak anak aruah. Aku tidak memberi seba...
- Get link
- X
- Other Apps
Macadamia Nut Pernah makan macadamia nut?? Memang sedap. Kacang ni seangkatan pistachio, chesew, almond, hazelnut and banyak lagi nut nut. Tapi macadamia nut ni banyak di Australia. Kalau makan memang susah berhenti. Baru ni member aku kasi khas kat aku satu bungkus. Wah best nye...... tak sangka aku dapat special kacang ni. Oleh kerana kacang ni pun mahal, jadi aku kena berjimat cermat lah. kalau ikut hati nak je belasah habis terus.
- Get link
- X
- Other Apps
Nasi Briani and Khofta Curry Semalam balik aje keje aku terus buat projek di atas. Bab masak ni aku boleh buat sepantas kilat. Kalau orang nengok aku masak memang geleng kepala. Semua main campak campak je and tak ikut procedure. Tapi hasilnya waduh......best kan. Satu bilik aku semlam aroma dengan bauh rempah ratus. Bila dah siap ajak Abe makan. Sebelum tu balik keje terus ke kitchen minta nasi basmati kat Shasha sebab yang ada tu rasa tak cukup. Tak apa nanti kita buat lagi nasi briani udang pulak atau nasi pilau udang. Inilah additional keje aku dalam bilik. Dari lepak tak tentu arah elok juga main masak masak and ajak member member makan. Betul tak.....
- Get link
- X
- Other Apps
Pendant Light Kalau korang pergi ke Scandinavian Countries, korang akan jumpa banyak barang barang yang unik yang di reka bentuk oleh designers. Tapi harganya memang mahal. Another thing, the interior design by the Scandinavian totally different from the French or English and even the western European Countries. Scandinavian does not really go for floral design except for whitish and plain colours. But if you refer to the lighting, I would value very much for the pendant lights compared to normal florescence lights. For those who are renovating their home or plan to renovate or make over, why dont you try for the pendant lighting. It is marvelous and gives you additional ideas and feeling to creating your home.
- Get link
- X
- Other Apps
Panduan Kehidupan Orang orang alim beritahu hak Al Quran adalah menkatamkannya sekurang kurang dua kali setahun. Sudah tercapai ke?? Entahlah...kadang ok dan kadang tak ok. Aku rasa perlu kuat semangat untuk tunaikan hak tersebut. Aku ada seorang member yang sentiasa membaca Al Quran bila waktu terluang. Di dalam poketnya sentiasa terdapat sebuah Quran kecil untuk di baca pada bila bila masa. Aku dapat rasakan hati dan sanubari dia dah melekat pada amalan membaca Al Quran. Aku pernah ziarah seorang budak Arab masa aku masih student dan dapati dia tak tahu membaca AlQuran. Masa tu aku berasa begitu pelik seorang yang fasih bertutur bahasa Arab tak dapat membaca Al Quran. Selepas insiden itu baharulah aku faham mengapa ianya terjadi. . Aku juga cuba berstiqamah untuk membaca Al Quran. Bila duduk berseorangan menjadi lebih mudah untuk berbuat begitu sebab mempunyai banyak masa terluang. Setiap kali hari Jumaat aku cuba pergi ke Masjid awal untuk mengambil kesempatan untuk selesaikan satu ...
- Get link
- X
- Other Apps
Aku nak Kena Bagi motivasi Speech??? Aiyoooo...... Aku dapat sms lagi dari my wife berbunyi macam ni,"Sek Safwan call." Aku dah mula rasa suspen, apahal pulak anak aku ni. Aku cepat cepat call my wife apa perkara yang sebenar. Jantung aku dah berdegup kuat nih. Then wife aku beritahu Cikgu Norlia call and nak beritahu pada 27hb March aku kena bagi speech motivasi untuk upacara penyampaian hadiah cemerlang pelajar termasuk keputusan cemerlang SPM 2009. Terkejut rimau aku. Alahai tak ada orang lain ke nak suruh kasi speech. Yang best tu aku jadi wakil ibubapa untuk kasi speech tu. Aiyoooo....boleh jadi Abraham Lincon nih kasih speech. Dah lah aku ni bukan committed PIBG pun and tak pernah jengah muka pun. . Pihak sekolah suruh aku datang awal pada hari Jumaat and boleh bawa keluarga sekali and penginapan di sediakan. Aku rasa mati kutu sebentar. Apa yang aku nak cakap and nak goreng nih. Aku bab bab ucapan oficial memang hampeh. Kalau aku speech ikut keluar mulut je. Mana seda...
- Get link
- X
- Other Apps
Member Aku Kahwin Lagi... Tadi aku call m sister. maklumlah lama dah tak borak. kadang bila cakap aje ada aje berita sensasi. Sebenarnya aku talipon sebab nak tanya bila nak pindah ke bangalow baru yang dah siap. Lepas aje aku selesai cakap dia kata ada satu berita tergempar. Aku cuba stay cool je tak nak kepoh dan kelam kabut. Lalu aku tanya la apa benda. Suspen pun ada. Then dia kata member aku dah nikah satu lagi. . What????..... terkejut beruk aku sekejap macam tak percaya. Aku kenal member aku pun masa aku kat Bradford buat MSc dan kebetulan aku sewa rumah mak dia masa aku masih bujang. My sister kata, kesian kat wife dia. Aku kata, suami dia bukan ada buat salah apa pun. Bersyukur aje lah. Tapi orang pompuan bukan boleh dengar kita jawap macam tu. Mesti tak setuju nye. Pas tu aku cepat cepat sms wife aku. Aku jadi kepoh kejap. Wife aku pun tak percaya sebab kadang aku pun suka kelentong...hehehe. So aku pun call and cerita kebenaran gossip tersebut.\ . Bagi aku kalau dah nikah ok...
- Get link
- X
- Other Apps
Berakhir Sudah Snow Snow sudah berhenti. Rasanya tak akan turun lagi. Tapi kuasa Allah tak siapa yang tahu. Aku macam biasa saja. Snow atau tidak bagi aku biasa sahaja. Apa yang aku fikir sekarang cuma , biarlah masa cepat berputar semoga aku dapat balik dengan secepat mungkin. Aku rindukan keluarga aku...anak anak dan isteri yang tercinta. Juga bonda yang tersayang. Rasa bagaikan tak rela lagi untuk berpisah pada sekian lama. Ewah...ewah..nak emo emo pulak.... Hehehehe.... Aku masih strong lagi hidup di sini. masih kental dan masih gagah...sekali sekala rindu pada keluarga adalah perkara biasa. Orang kata, mereka yang berbintang Gemini ni kuat senangat betul ke??? betul lah kan macam aku ni...hehehe...... . Hari ni aku seharian lepak kat bilik. Buat apa yang patut. Masa dok rehat atas katil selepas penant baca buku cerita Prince of Tide mata aku terlelap. Tetiba kedengaran orang ketuk pintu bilik aku. Rupa rupanya Rizal datang nak download gambar masa sbow tempoh hari. Lepas tu aku su...
- Get link
- X
- Other Apps
Shawshank Redemption Semalam lepak nengok movie ni walau dah nengok banyak kali. First time nengok years ago lepas tu aku pergi cari dvd untuk koleksi peribadi. Rasa rasanya dah nengok 4 kali ceritanya tapi tak jemu jemu. Jalan cerita slow drama tapi best. Kalau tak sabar boleh berhenti nengok. Aku memang suka cerita drama yang slow. Aku suka ikut dialog dialog mereka. Yang best tu, for all prisoners they proclaimed innocent for the crime they committed. And after long suffering in the prizon, the life in the prison already feel at home rather being exonerated or paroled after long serving the term. There is no more life outside. . At the end of the story, Tim left a letter under the oak tree for Freeman that was written, "Hope is a good thing. may be the best of thing and no good thing ever dies." Sesiapa yang belum nengok aku rekomen tengoklah walau berulang kali.......
- Get link
- X
- Other Apps
Snowing Tanpa Henti . Hari ini sudah dua hari snowing tanpa henti. Tahun lepas snow sekejap sekejap sahaja. Jadi semua macam kempunan saja bila tak ada snow. Sekarang baru semkua puas hati bila snow turun dengan lebat dan tanpa henti. Semasa aku tulis ni pun snow masih turun. Bila snow sahaja aku teringatkan lagu Sheila majid dari album pertamanya. Masa tu member aku che mat selalu buka lagu dia tanpa henti. Kira masuk aje dalam bilik terus aje kedengaran lagu Sheila Majid. jadi untuk ingat kembali kisah dulu aku pun buka juga lagu Sheila Majid.....hehehe. Cuba nengok keadaan banglow aku ni. Dah penu dengan snow. Aku terpaksa buang lebihan snow yang melekat di depan pintu. Takut bila dah beku tak boleh buka pintu barulah kena bertapa dalam bilik tak keluar keluar. Rasa macam nak buat snow man saja. Tapi bila di fikirkan sejuk bangat dan kebas jari jari kensel saja lah. Bila snow sebeginni seronok juga dengan lagu lagu sentimental dulu dulu macam Dont Give Up On Us Baby and Balerina Gir...
- Get link
- X
- Other Apps
Snowing Dengan Lebatnya Ingatkan Snow dah habis. Rupanya hari ini snow turun dengan lebat sekali. Apa lagi kami semua jadi jakun dan terus main snow. Seronok bukan main. Kira petang tu tak keje sangatlah sebab dok main snow sampai ada yang guling guling lagi. Lepas tu siap berposing lagi walau pun menggigil kesejukan. Tak apa lah bukan selalu pun kan. Rasanya snow sepanjang hari. Esok kabarnya suhu sampai -15 degree. Wow kalau macam tu memang turun lagilah. Agaknya kat bilik kenalah bekal air sama sebab takut tak ada air nanti kena catu macam tahun tahun yang lalu sebab air dah beku dalam paip. Ada paip pecah dan tak dapat bekalan air sampai beberapa hari. Apa apa pun memang bestttttt................
- Get link
- X
- Other Apps
Bobo Telah Pergi Buat Selamanya Huhhuhuhu....... untuk pengetahuan sahabat semua, Bobo telah kembali mengadap Tuhan yang Maha Esa dua hari lepas setelah bertarung dengan kesakitan yang di alaminya seperti yang aku ceritakan sebelum ini. I got a call from somebody dan beritahu Bobo dah meninggal. Aku cuma dapat mereka tolong uruskan mayat Bobo itu. Kalau tak silap aku dia meninggal pada usia lebih kurang 20 bulan. . Sebenarnya kehidupan Bobo, aku, dan semua makluk Allah taala sama saja. Iaitu suatu masa kita akan tinggalkan dunia yang fana ini dan menghadap Allah taala dan semua amalan perbuatan samada baik atau buruk akan di persembahan untuk mendapat balasan yang setimpal. Hanya ihsan dan rahmat Allah sahaja yang kita yang kita perlu untuk memasukkan kita ke dalam jannah. . Bobo lebih beruntung dari kita sebab tiada hari hisab untuk di risaukan. Binatang seperti Bobo akan mati apabila sejumlah zikir ang di berikan telah selesai. Bukan seperti manusia akan mati apabila habis rezeki dia...