Friday, February 19, 2010

Aku Anak Polis


Aku anak polis. Aku pernah di besarkan di berek polis. Masa tu jadi anak polis memang glamor. Naik bas kadang free. Bila aku berjalan dengan ayah aku semua orang panggil 'Tok'. Kira secara tak langsung aku pun jadi famos. Tapi bila aku dah besar ayah aku kata belajar pandai pandai and jangan sekali kali jadi polis walau terdesak untuk bekerja. Aku kurang mengerti apa maksud ayah aku. Tapi aku memang tak minat nak jadi polis pun. Ayah aku telah lama meninggalkan kami semasa aku masih tingkatan empat. Masa tu dia dah pencen. Ayah aku jadi polis sejak zaman seluar pendek. kalau seterika seluar tu boleh di kasi berdiri, sebab kain memang kena kanji dan keras. Nanti balik aku nak kena cari gambar ayah aku dengan uniform polis tuh. Nostalgia...nostalgia.....
.
Sebenarnya aku ada cerita lain juga berkenaan dengan polis. Satu ketika aku balik dari Kuantan ke KLIA. Masa aku tiba tu aku nampak queue untuk teksi memang panjang. Jam dah pukul 11.30 mlm. Kalau aku tunggu jugak Q tu mesti aku sampai rumah kat pukul 2 pagi. So aku pun jalan jalan dulu dan seorang pemandu teksi usha aku. Dia kata nak kemana. Aku jawap nak ke rawang. Aku kata aku bayar sama aje dengan limo. Apa kisah boleh claim kan. So kami made the deal and terus teksi berlalu.
.
Bila sampai ke selekoh nak ke KL ada polis tahan. Teksi ni pun berhenti. Aku masih diam di dalam teksi tersebut. Agak 15 minit, driver teksi tu kembali dan mengambil dompet. Aku syak mesti nak kena kasi duit kopi. Agak 15 minit baru driver tu kembali ke teksi dan teruskan perjalanan. Aku curious. Lalu bertanya sambil kura kura dalam perahu pura pura tak tahu apa yang berlaku. Driver tu kata kena kasi duit kopilah. Apalagi.....dah jadi perkara biasa. Bila aku dengar aje terus aku menyampuk macam ni.
.
"Lain kali, kalau dia tahan lagi minta duit, awak kena jawap macam ni: Duit yang saya kasi ni ikhlas kerana Allah taala dan di akhirat nanti kalau Allah tanya jangan jawap saya kasi rasuah sama encik." Sepanjang perjalanan tu aku asyik tashkil aje driver teksi ni dan akhirnya tiba ke rumah aku. Pasai aku kesian kat dia aku pun kasi lah tips skit.

Inilah dunia yang kita selalu deal sekiranya iman kita senipis kulit bawang.

2 comments:

Anonymous said...

Kalau duit tu dikasi secara ikhlas kerana Allah... (sebagai balasan polis tak saman) adakah itu dikira sedekah ikhlas? dan tak akan dipersoalkan di akhirat? - Soalan genuine ni.

Atau.. bayar saja saman...

Abu Ikhlas said...

hhhmmmm....betul you cakap tu....itu sebgai kata kata sindiran...biar dia takut skit.....